Menjadi idaman setiap wanita untuk memiliki bentuk badan yang kurus dan langsing. Namun jadual harian yang sibuk mungkin menjadi kekangan untuk memenuhi impian tersebut.
Memahami fenomena tersebut , Kumpulan Power Root telah melancarkan produk terbaru iaitu Per’l Xlim . Pelancaran tersbut juga menyaksikan pengumuman selebriti terkenal tempatan, Emma Ma’embong sebagai duta jenama rangkaian “Per’l” di Majestic Hotel .
Hadir dengan dua perasa pilihan , iaitu “Per’l Xlim Café” (minuman kopi) dan “Per’l Xlim Choco” (minuman coklat ), Per’l Xlim merupakan produk terbaru di bawah Siri Per’l. Produk terbaru ini disasarkan untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan tanpa perlu berdiet dan bersenam.
Menurut Emma ketika ditemui dalam majlis pelancaran tersebut, beliau sendiri adalah penggemar kopi dan sememangnya akan mengambil kopi setiap pagi. Jadi dengan Per’l Xlim, proses menurunkan berat badan menjadi lebih mudah kerana mengambil kopi merupakan rutin kehidupan hariannya.
Per’l Xlim diperkaya dengan ekstrak Biji Kopi Hijau serta ekstrak Kacang Ginjal Putih untuk membantu menggalakkan proses penurunan berat badan secara semulajadi. Biji Kopi Hijau adalah biji kopi yang belum dipanggang. Ia boleh membantu mengawal penyerapan gula ke dalam badan dan secara langsung boleh mengurangkan pengambilan kalori. Ia juga boleh meningkatkan kadar metabolisme dan membantu mempercepatkan proses pembakaran lemak.
Kacang Ginjal Putih pula adalah kaya dengan serat dan ia akan membantu memberikan rasa kenyang yang lebih lama pada perut anda. Ia membantu penghadaman serta berkesan mengatasi masalah sembelit. Ia juga membantu mengelakkan karbohidrat daripada berubah kepada gula di dalam badan supaya tidak bertukar menjadi lemak. Tambahan lagi, Per’l Xlim juga mengandungi Kacip Fatimah yang membantu mengekalkan kesihatan wanita dan kolagen yang membantu menjaga kulit wajah.
Ketika diminta berkongsi pengalaman selepas mencuba produk ini untuk beberapa bulan, Emma mengakui keberkesanannya dan beliau mula sedar perkara tersebut apabila ditegur semakin kurus semasa sesi fitting baju. Selain itu, Emma juga turut berkongsi yang saiz seluarnya telah berkurang kepada satu saiz selain berasa lebih sihat dan bertenaga setiap hari. Pelakon berusia 22 tahun ini juga menyarankan pengambilan produk ini dua kali sehari iaitu 30 minit sebelum sarapan dan 30 minit sebelum makan tengahhari.
Per’l Xlim sudah boleh didapati di pasar raya AEON dan Giant dengan harga RM19.90 untuk 15 sachet.