Kao Men’s Bioré memperkenalkan satu lagi pencuci skrub baharu sebagai varian tambahan kepada rangkaian pencuci muka Double Scrub yang dilancarkan baru-baru ini. Rangkaian Double Scrub ini menawarkan penyelesaian khusus untuk lelaki yang amat menitik beratkan tentang masalah kulit. Ia terdiri dari pembersihan mendalam, kawalan minyak dan pencerahan kulit untuk mengatasi masalah bintik-bintik hitam, kulit kusam, kulit berminyak dan yang terbaharu untuk anti-jerawat.
Memperkenalkan Pencuci Muka Double Scrub Acne Solution yang diformulasi khas untuk menentang jerawat, kulit berminyak dan kusam. Ia berfungsi secara berkesan dan efektif untuk membersih minyak dan kotoran kulit yang menjadi punca liang-liang roma tersumbat dan menyebabkan jerawat.
Pencuci Muka Double Scrub Acne Solution ini mengandungi ekstrak Tea Tree, agen anti bakteria yang dapat mengawal pertumbuhan jerawat. Diformulasikan dengan ‘Advanced Scrub Technology’ dengan ‘Micro-crushable Scrub’ dari Jepun.
Semasa proses pembuihan, ‘Micro-crushable Scrub’ ini akan memecah menjadi lebih kecil untuk membersih lebih jauh ke dalam liang-liang roma untuk menanggalkan minyak berlebihan, kotoran dan sel kulit mati yang menjadi punca jerawat. Skrub Merah berfungsi untuk menanggalkan minyak berlebihan dan membantu menanggalkan kesan jerawat sementara Skrub Putih membersih ke dalam liang-liang roma untuk menyegarkan kulit.
Pencuci Muka Men’s Bioré Double Scrub Acne Solution baharu dijual pada harga RM7.50 (50g) dan RM13.90 (100g). Pencuci Muka Double Scrub Acne Solution ini boleh didapati di semua peruncit utama, farmasi, pasar raya besar dan kedai runcit.