AirAsia, syarikat penerbangan tambah rendah terbaik dunia bagi lima tahun berturut-turut adalah syarikat penerbangan rasmi bagi Taylor Swift RED ASIA TOUR dipersembahkan oleh Cornetto di Asia Tenggara. Baru-baru ini AirAsia telah memperkenalkan pesawat eksklusif untuk Taylor Swift di ibu negara.
Pesawat Airbus A320 yang menampilkan Taylor Swift ini akan beroperasi ke pelbagai destinasi di Asia Tenggara bersempena dengan konsert jelajah di Jakarta, Manila dan Singapura serta Kuala Lumpur.
“Jelajah konsert Taylor Swift akan bermula di Asia Tenggara, kami sangat berbesar hati untuk menerima kedatangan Taylor Swift dan krewnya ke penerbangan kami dengan pesawat istimewa ini. Kami di AirAsia sentiasa melihat penjenamaan di tahap yang berbeza dan peluang untuk bekerjasama dengan Taylor dan krew beliau menjadi satu lagi tanda aras bagi kami dalam usaha membina jenama AirAsia di peringkat global,” jelas Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad.
Taylor Swift RED ASEAN TOUR dipersembahkan oleh Cornetto akan diadakan di Jakarta pada 4 Jun, Manila pada 6 Jun, Kuala Lumpur pada 11 Jun dan Singapura pada 9 dan 12 Jun.
Konsert Taylor Swift di Kuala Lumpur pada 11 Jun ini!