Menurut kajian yang dibuat oleh saintis media sosial , Dan Zarella, penggunaan hashtag dalam pos di Instagram akan membuatkan bilangan like gambar anda di Instagram meningkat sehingga 10 %.
Zarella telah mengumpulkan data dengan membuat penelitian terhadap 1 juta imej yang dipos di laman tersebut . Selain penemuan gambar yang diletakkan banyak hashtag berkait rapat dengan jumlah like yang diterima , hashtag yang paling memberikan impak ini juga adalah termasuk, “#followforfollow,” “#likeforlike,” dan “#tagsforlikes.”
Untuk laman Twitter pula, beliau telah mengumpulkan 400, 000 tweet secara rambang dan bilangan ia mendapat Retweet. Kemudia beliau telah membandingkan empat cara paling popular pengguna Twitter mengepos gambar iaitu pautan daripada gambar di Facebook, Instagram, Twitpic dan gambar yang dimuatnaik terus ke Twitter.
Tweet yang disertai gambar melalui Twitter.com sendiri 94% mempunyai potensi di- Retweet berbanding tiga cara yang lain. Beliau juga turut menyatakan yang confidence interval untuk kajian ini adalah setinggi 99 %.
Hasil kajian yang lain , tweet gambar yang dikongsi daripada laman Instagram adalah 42% akan kurang mendapat retweet. Pautan Twitpic pula mempunyai potensi 64% bakal diretweet manakala daripada pautan Facebook pula 47% akan kurang mendapat retweet.