Sentiasa menghabiskan wang anda untuk benda yang tidak diperlukan. Sukar mengekang tabiat belanja anda? Cuba atasinya dengan 10 strategi ini, mungkin ianya membantu.
1. Elak berkunjung ke tempat sepeti pusat beli belah yang punyai kebarangkalian anda akan mula berbelanja tanpa sedar terutama ketika bosan, sedih atau sangat gembira.
2. Tak usah ringan tangan untuk melayari laman web online shopping sebaliknya layari laman web yang dapat menyemarakkan hobi baru, mungkin ia boleh menjana pendapatan sekiranya hobi seperti memasak atau membuat kraf dalam minat anda.
3. Berhenti dan batalkan menerima katalog beli-belah yang dihantar melalui mel ataupun notifikasi tawaran dari gedung beli-belah di telefon bimbit anda.
4. Tetapkan matlamat seperti pergi bercuti hujung tahun bersama tersayang. Jadi setiap kali anda di kedai dan punyai keinginan untuk membeli sesuatu yang tidak perlu, anda pasti akan fikirkan untuk simpan duit tersebut untuk percutian itu.
5. Cuba asingkan duit belanja yang diperuntukkan untuk perbelanjaan harian. Masukkan dalam sampul surat untuk belian runcit, bil dan keperluan peribadi. Jika masih ada lebih dalam sampul barulah anda boleh membeli sesuatu ekstra yang diingini.
6. Bawa duit secukupnya ketika memberi barang keperluan harian. Jika bawa lebih, kebarangkalian anda akan membelanjakannya.
7. Elak berkunjung ke pasaraya dalam keadaan lapar kerana ia akan mendorong anda membeli lebih barang makanan dari sepatutnya.
8. Bawa senarai barang yang ingin dibeli, selain memastikan anda tidak lupa ia juga memastikan anda tidak “lari” dari barang yang diperlukan sahaja.
9. Tabungkan duit syiling. Lakukan sebaik saja anda sampai rumah dengan mengosongkan tas. Lama kelamaan ia akan banyak dan boleh mencecah ratusan ringgit untuk dibelanjakan.
10. Belian berkualiti sebenarnya lebih menjimatkan anda untuk jangka masa panjang. Jadi jangan kedekut untuk memilih belian atau khidmat yang bagus daripada menyesal kemudian nanti.
MAJALAH EH