Mendapatkan kulit putih boleh anda lakukan tanpa perlu menggunakan losyen pemutih dan menunggu hasilnya selama beberapa minggu. Percayakah anda? Bagaimana caranya?
Rambut hitam berkilau – Sebagai orang Asia yang berambut hitam, cubalah untuk menjaga agar warna rambut anda tetap hitam legam dan berkilat. Stay on your deep black hair dan kulit anda boleh kelihatan cerah dari masa ke masa.
Kening lebih rapi dan terukir cantik – Buat kening anda lebih rapi dengan shaping menggunakan pensil kening. Kalau kulit anda putih, gunakan warna coklat tua dan kalau kulit anda sawo matang gunakan warna hitam. Kening yang rapi dan tebal akan membuatkan wajah anda tampak lebih cantik dan anggun.
Warna pakaian – Beberapa warna pakaian yang boleh membuat anda kelihatan lebih cerah adalah hitam, putih dan merah gelap. Warna hitam sesuai bagi mereka dengan warna kulit kuning langsat. Merah sesuai bagi mereka yang kulitnya sawo matang dan putih pucat. Sedangkan putih sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit gelap. Beberapa warna ini boleh membuat kulit gelap anda lebih cerah.
Gunakan lip balm/lip tint/gincu bibir warna merah – Selepas menggunakan base makeup berupa foundation atau BB Cream, gunakan lip tint atau lip balm warna merah. Warna merah akan membuatkan wajah anda kelihatan lebih cerah.
Mencuci wajah dengan air sejuk – Cara ini juga boleh membuat wajah anda lebih cerah. Air pada dasarnya membantu membersihkan wajah dari sebum dan kotoran. Dalam keadaan sejuk (air pagi hari, air gunung atau saat cuaca sejuk) air mampu membuat wajah lebih segar dan cerah. Oleh kerana itu orang yang baru mandi atau cuci muka dengan benar, cenderung kelihatan lebih cerah dari biasanya.