Raya dah nak dekat ni… Jadi sudah semestinya pembaca khususnya wanita di luar sana ingin kelihatan anggun dan lebih jelita semasa Hari Raya nantikan? Jadi apa kata anda serlahkan wajah anda dengan warna dan tona sempena menyambut Hari Raya ini dengan COLLECTION Cosmetics. Jenama kosmetik berwarna-warni dari UK ini menggalakkan anda untuk meraikan musim perayaan ini dengan dua penampilan paling bergaya dan menceriakan untuk bibir dan mata anda.
Diasaskan di UK, COLLECTION Cosmetics mempunyai lebih dari 25 tahun kepakaran dalam menawarkan produk kosmetik berkualiti, menjimatkan dan bergaya untuk wanita. Sehingga kini, jenama antarabangsa yang digemari wanita dari serata dunia boleh didapati di Filipina, Singapura, New Zealand dan banyak lagi. Pada bulan April 2014, COLLECTION Cosmetics akhirnya tiba juga di Malaysia.
Diinspirasikan daripada fesyen “high-street”, semua produk COLLECTION sungguh mudah digayakan, versatil dan fleksibel kerana jenama ini percaya bahawa tiada syarat diperlukan untuk pengayaan mekap. Wanita sepatutnya berseronok mencuba dan menggayakan pelbagai warna untuk mendapatkan penampilan yang diidamkan.
Selebriti Malaysia, Nelydia Senrose yang kini dilantik sebagai duta jenama bagi COLLECTION Malaysia. Dengan personalitinya yang ramah dan mesra, Nelydia sememangnya menjadi sumber inspirasi kepada wanita muda untuk berseronok dengan fesyen melalui penggunaan warna yang kreatif.
Menjelang sambutan Hari Raya ini, COLLECTION Cosmetics mengesyorkan dua gaya menarik dan terkini untuk bibir dan mata: Fabulous Lips dan Alluring Eyes.
Fabulous Lips
Bagi gadis yang gemarkan kesederhanaan, penampilan ‘statement lip’ ini menarik perhatian kepada bibir dengan kilauan sempurna manakala wajah keseluruhan kelohatan segar tanpa mekap yang berlebihan.
Langkah 1: Lasting Perfection Concealer, RM19.90
Produk paling laris bagi COLLECTION Cosmetics UK. Penyamar noda hebat ini yang menutupi cela dan noda dengan berkesan dan halus, di samping memberi perlindungan sehingga 16 jam. Kalis air dan tahan tanggal. Terdapat dalam 2 warna.
Cara pengayaan: Gunakan aplikator yang disediakan, bubuh sedikit penyamar noda di kawasan yang mudah kusam, terutamanya di keliling mata, hidung dan mulut. Tepuk perlahan-lahan untuk meratakan penyamar noda dengan jari manis anda.
Langkah 2: Bright & Glow BB Cream, RM29.90
Penyelamat untuk wanita sibuk kerana ia menggabungkan pelembap, mekap asas dan pelindung matahari dengan SPF30 di dalam satu tiub. Dapatkan seri wajah yang sempurna dengan produk ringan ini yang sesuai untuk semua jenis kulit. Terdapat dalam 2 warna.
Cara menggunakan: Picit sedikit produk di belakang tangan anda. Kulit anda yang panas akan menjadikan Krim BB ini lebih mudah untuk disapu. Gunakan jari manis, sapu pada bahagian yang memerlukan dan tepuk perlahan-lahan sehingga terserap sepenuhnya.
Langkah 3: Shimmer Shades, RM29.90
Membentuk, menyeri atau meningkatkan penampilan wajah sihat pada kulit muka dengan palet 4-dalam-1 ini. Gunakannya sahaja untuk menonjolkan kontur muka atau sebatikan bersama untuk keserian menyeluruh. Terdapat dalam 2 warna yang menawan.
Cara menggunakan: Pusingkan berus bedak yang besar di atas warna yang lebih cerah untuk campuran warna yang lebih rata. Sapukan berus pada muka dengan gerakan pusingan yang pantas untuk menonjolkan seri wajah.
Langkah 4: Cream Puff Lip Cream, RM19.90
Krim bibir kusam dengan warna gula-gula ini diperkaya dengan formulasi bervitamin ultra-pelembap, menjadikan bibir lembut dan licin di samping memberi warna yang berkrim. Terdapat dalam 4 warna.
Cara menggunakan: Sapu krim bibir terus pada bibir dengan menggunakan aplikator, bermula daripada bahagian tengah bibir anda. Sapukan arah keluar dan ikut garisan bibir semula jadi anda untuk kemasan sempurna.
Langkah 5: Hotlights Lipgloss, RM24.90
Bersinar dengan partikel berkilat, glos tidak melekit ini sedia untuk memukau. Lampu dan cermin yang tersedia memudahkan lagi penggunaan bagi mereka yang gemar akan glos bibir. Terdapat dalam 6 warna.
Cara menggunakan: Letakkan glos bibir pada bibir dengan menggunakan aplikator dan ratakan arah keluar. Untuk bibir yang nampak mungil, tambahkan glos pada bahagian tengah bibir.
Alluring Eyes
Dramatik dan bergaya, para gadis yang gemar berfesyen akan menyukai penampilan ini, yang menyerlahkan mata dan bibir pada masa yang sama, dan penampilan ini dilengkapi dengan wajah yang licin bak baldu.
Langkah 1: Ultimate Fix Foundation, RM29.90
Merupakan produk penting untuk wanita sibuk. Mekap asas krim-kepada-bedak dengan SPF15 menggabungkan tiga produk dalam satu kompak: bedak asas, penyamar noda dan bedak dalam satu produk! Terdapat dalam 3 warna.
Cara menggunakan: Gunakan span bersih, calit sedikit produk dan sapukan pada kulit dengan rata. Untuk perlindungan tambahan, sapukan span pada lingkaran gelap atau kawasan yang mudah kusam.
Langkah 2: Work the Colour Trio Eyeshadow, RM29.90
Palet pelbagai-cara dengan tiga pembayang mata berpigmen, dengan 2 pembayang berasaskan bedak dan 1 penyerlah berasaskan krim. Panduan ‘cara penggunaan’ mudah guna terdapat di bahagian belakang. Terdapat dalam 6 warna terkini.
Cara menggunakan: Sediakan kelopak mata dengan menyapu krim HIGHLIGHTER di kelopak sehingga tulang kening. Kemudian warnakan keseluruhan kelopak mata dengan warna yang lebih cerah dan gunakan warna yang lebih gelap untuk menyerlahkan sudut luar dan garisan bulu mata.
Langkah 3: Extreme 24 Hour Felt Tip Liner, RM24.90
Penggaris mata felt ini memberikan mata anda definisi serta-merta, mudah digunakan sama ada untuk pengguna baharu atau yang sudah mahir. Formulasi cepat keringnya memastikan mekap kekal untuk tempoh lebih lama. Terdapat dalam 3 warna.
Cara menggunakan: Buat garisan bermula dari sudut sebelah dalam, hampir dengan garisan bulu mata, dan lukis ke arah luang menghala ke atas di sudut luar mata. Untuk mata yang lebih terserlah, gariskan juga bahagian bawah garisan bulu mata.
Langkah 4: Deluxe Lipstick, RM26.90
Berkrim, licin bak baldu dan melembapkan, gincu bibir ini diperkaya dengan 70% perapi bibir, menjadikannya selesa untuk digunakan sepanjang hari. Dengan bahan pelembap penuh kuasa, bibir kekal mungil dan licin. Terdapat dalam 5 warna berinspirasi retro.
Cara menggunakan: Sapukan gincu bibir terus daripada tiub, daripada bahagian tengah ke tepi. Kemaskan mengikut bentuk bibir dengan menggunakan hujung runcing gincu.
Dengan COLLECTION Cosmetics, kini semua orang boleh ‘Work the Colour!”
COLLECTION Cosmetics boleh didapati di kedai-kedai Watsons terpilih dan juga di kedai label fesyen F Block (Sunway Giza Mall, SetiaWalk Puchong, Fahrenheit 88, Cheras Leisure Mall, Bandar Baru Sri Petaling, Kuchai Lama, Bangsar Baru).
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web COLLECTION Cosmetics di www.collectioncosmetics.com.my, like Facebook COLLECTION Cosmetics di www.facebook.com/CollectionCosmeticsMY atau ikuti COLLECTION Cosmetics di Instagram www.instagram.com/collectionmalaysia.