Menyedari yang seramai 2.6 juta rakyat Malaysia adalah penghidap penyakit diabetis, jenama nutrisi untuk pesakit kencing manis, Glucerna, jenama nutrisi yang diperkaya denga 28 vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh , diformulakan khusus untuk pengurusan diet pesakit diabetis telah memperkenalkan program bertujuan mendidik dan meningkatkan kualiti kehidupan pesakit diabetis ini untuk mengamalkan pemakanan yang betul.
Kadar pesakit yang menghidap penyakit ini telah semakin meningkat akhir-akhir ini. Malahan, Malaysia juga tersenarai antara negara yang memiliki jumlah pesakit kencing manis dan obesiti tertingggi di dunia. Melalui tinjauan yang dibuat juga, dianggarkan bahawa kalaziman penyakit diabetis akan mencecah 21.6% bagi orang dewasa yang berusia 18 tahun ke atas menjelang tahun 2020.
Jadi mengabaikan keseimbangan antara pemakanan yang betul, pengambilan ubat dan senaman akan membawa kepada komplikasi kesihatan lain yang berkaitan.
Dibawakan oleh Abbott Nutrition , program Glucerna ® Challenge Me membolehkan pesakit diabetes mewujudkan satu pelan mudah yang menggabungkan perancangan makanan yang sihat, nutrisi khusus seperti Glucerna dan senaman. Langkah-langkah ini akan membantu pesakit kencing manis menangani kondisi mereka.
Diakses secara dalam talian dan melalui aplikasi mudah alih yang boleh dimuat turun dan disediakan untuk sistem operasi IOS dan Android berasaskan peranti mudah alih, Program ini mempunyai satu set komprehensif dengan alat bermaklumat untuk membantu pesakit kencing manis mengesan glukosa darah mereka, berat badan dan peringkat kolesterol . Pesakit kencing manis juga akan mempunyai akses kepada perancangan hidangan sihat berdasarkan keperluan kalori masing-masing dan pilihan peribadi bersama dengan video pelan senaman pengajaran langkah demi langkah yang boleh dilaksanakan setiap hari.
Selain itu, program ini membekalkan peserta dengan perkhidmatan cadangan untuk Glucerna ®, alat pengesanan disesuaikan untuk setiap peserta berdasarkan data peribadi masing-masing dan laporan kemajuan peserta boleh dikongsi dengan doktor yang bertauliah.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Glucerna ® Challenge Me dan memahami bagaimana untuk menguruskan diabetes dengan berkesan sila layari www.glucernachallengeme.com.my atau hubungi hotline – 1800-88-6233 (Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 6 petang)