OLDTOWN White Coffee (OLDTOWN) akan bekerjasama dengan artis Lithuania yang terkenal, Ernest Zacharevic untuk mengilhamkan ‘Art of OLDTOWN’, iaitu satu keraian yang menggabungkan warisan dan sejarah yang dikongsi antara Ipoh, Old Town dan OLDTOWN White Coffee, pengeluar kopi putih yang sebenar di Malaysia. Bersempena dengan kerjasama ini, Zacharevic akan menggunakan kreativiti artistik uniknya untuk melukis tujuh mural di sekitar Ipoh, Old Town untuk meraikan tempat kelahiran kopi putih.
OLDTOWN telah berkembang menjadi pengeluar kopi putih utama di Malaysia sejak syarikat memperkenalkan produk 3-dalam-1 pada 1999. Kejayaan ini berakar umbi dalam tradisi dan budaya kopi kukuh yang turut menjadikan Ipoh, Old Town satu lambang ikonik. OLDTOWN kekal sejati kepada warisannya dan menyediakan rasa yang paling asli dan aroma bernostalgia kepada rakyat Malaysia di seluruh negara.
Encik Lee Siew Heng, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan OLDTOWN Berhad berkata, “Kopi putih yang kami sediakan menggunakan resipi asal yang diturunkan dari generasi ke generasi. Walaupun kami telah berkembang dengan begitu pesat sekali, rahsia kejayaan kami adalah keupayaan untuk mengekalkan keaslian dan ketulenan resepi kopi putih. Kami turut mengekalkan tradisi dan amalan yang telah memainkan peranan penting dalam membentuk budaya kopi di Ipoh, Old Town. Dengan wujudnya warisan dan sejarah bersama antara OLDTOWN dan kopi putih, memang tepat masanya untuk kami meraikan Ipoh, Old Town, tempat permulaan semuanya buat kami.”
“Kami benar-benar teruja untuk bekerjasama dengan Ernest kerana beliau adalah salah seorang artis yang terbilang pada masa ini. Idea dan kreativiti beliau akan mewujudkan seni mural yang ikonik dalam meraikan tempat kelahiran kopi putih Malaysia. Malah, Ernest telah melukis satu mural di Jalan Bijih Timah pada April lalu.”
Rakyat Malaysia memang dikenali sebagai penggemar kopi yang tegar. Dalam tinjauan Internet yang dijalankan oleh majalah I.M., lebih daripada 80% responden menyatakan mereka adalah peminum kopi. Sekitar 48.3% daripada responden mendakwa bahawa mereka tidak boleh lari dari minum kopi selama seminggu dan jumlah peratusan yang sama mengatakan mereka minum di antara 2-3 cawan kopi setiap hari.
Apa yang menarik adalah walaupun pelbagai jenama kopi import menembusi pasaran Malaysia, lebih daripada 35% responden masih memilih dan menyukai kopi putih tempatan apabila membancuh minuman tersebut di rumah. Ini menunjukkan bahawa walaupun wujud kepelbagaian yang semakin meningkat di kalangan mereka yang minum kopi, budaya kopi tempatan Malaysia yang klasik masih berkembang maju dan popular; sesuatu perkara yang unik dan tersendiri.
Diilhamkan khususnya oleh budaya kopi tempatan di Ipoh, Old Town, Zacharevic amat berminat untuk menambah tujuh lagi mural seni di pelbagai lokasi di sekitar Ipoh, Old Town. Sejajar dengan kempen ‘Art of OLDTOWN’, setiap lukisan Zacharevic akan mendapat inspirasi daripada unsur-unsur yang memainkan peranan penting di tempat kelahiran kopi putih yang sebenar, OLDTOWN dan asal-usul mereka yang dikongsi bersama.
OLDTOWN White Coffee, dengan kerjasama Ernest Zacharevic, ingin menjemput rakyat Malaysia untuk menyaksikan dan menjadi sebahagian dari kempen ‘Art of OLDTOWN’.
Kunjungi halaman Facebook rasmi OLDTOWN di facebook.com/OldTownWhiteCoffeeMalaysia atau ikuti mereka di Twitter di @OldTown_WCoffee untuk maklumat terkini projek ‘Art of OLDTOWN’, bermula 26 Mei 2014 sehingga 26 Jun 2014.