Buat julung-julung kalinya, Mamee-Double Decker (M) Sdn Bhd (Mamee) membuka tabir kilang pengeluarannya di Melaka untuk mempamerkan fasilitinya yang bernilai RM80 juta ringgit dan berkongsi warisan syarikat serta inovasi yang telah dilaksanakan untuk memastikan Mamee Chef kekal sebagai salah satu jenama mi segera terbaik di pasaran.
Mamee Chef, suatu jenama mi segera tempatan Malaysia, dilancarkan pada akhir 2012 dan sejak dari itu telah menetapkan standard baru bagi mi segera. Tiga perisa Mamee Chef – Tom Yam Thai, Laksa Kari dan Ayam Pedas Shiitake telah dicipta bersama selebriti Dato’ Chef Ismail yang juga duta bagi Mamee Chef.
Menurut Pierre Pang, Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran Kumpulan Mamee, “Mamee Chef telah mencipta satu fenomena di Malaysia apabila ia dilancarkan. Ia merupakan mi segera pertama menggunakan teknologi La Mian, dan ramuan tambahan yang dipilih dengan sempurna serta usahasama bersama chef selebriti ternama Dato’ Chef Ismail telah menghasilkan gabungan unggul yang mendatangkan impak positif pada rakyat Malaysia. Kami percaya bahawa masa depan yang paling jelas adalah masa depan yang direalisasikan sendiri.”
Kaedah La Mian – juga dikenali sebagai teknik mi tarik, berasal dari China pada abad ke-15 dan menghasilkan mi yang kekal kenyal untuk tempoh lebih lama dan tidak mudah kembang. Untuk mendapatkan kualiti mi yang sama seperti yang dihasilkan melalui kaedah mi tarik, Mamee telah menjemput seorang pakar mi tarik dari China untuk berkongsi kemahiran membuat mi. Manakala untuk memastikan mi tarik Mamee Chef dihasilkan dengan cekap tanpa menjejaskan mutu, Mamee telah membuat pelaburan membeli tiga mesin mi tarik yang baru yang kini digunakan untuk pengeluaran produk Mamee Chef.
Kilang-kilang Mamee, yang terletak di tiga lokasi di Malaysia dan dua lagi masing-masing di Myanmar dan Indonesia, kesemuanya mempunyai persijilan ISO:9001, ISO:22000 dan HACCP, serta persijilan Halal. Di Malaysia, Mamee memperoleh pengesahan halalan toyibban daripada Jakim kerana mematuhi amalan terbaik industri dalam mengekalkan standard tertinggi bagi kualiti dan kebersihan dalam pengeluaran makanan.
“Kami sentiasa meningkatkan mutu operasi kami, terutama di peringkat penyelidikan dan pembangunan. Kunci bagi kejayaan kami ialah mendengar maklum balas pelanggan dan melibatkan diri dengan mereka,” kata Pang. Bagi memberi peluang kepada pelanggan dasn peminat mengenali jenama Mamee dengan lebih lanjut, baru-baru ini Mamee membuka kedai konsep gaya hidup pertamanya, yang dinamakan Mamee Jonker House. Ia terletak di tarikan pelancong utama, Jalan Jonker, di negeri asal Mamee, Melaka. Mamee Chef akan terus mencipta dan mnghasilkan inovasi bagi membawakan sajian asli dan rasa menyelerakan untuk rakyat Malaysia, sejajar dengan visi Mamee, ‘Satu Dunia Bercitarasa Tinggi’.