Sertai peluang bercuti bersama penyanyi kesayang semua, Anuar Zain. Ke mana? Percutian Anuar Zain bersama-sama peminat ke sebuah negara yang penuh magis, Jordan.
Percutian yang dinamakan Magical Jordan With Anuar Zain selama 7 hari 5 malam pada 13 November 2014. Jordan begitu sinonim dengan tapak warisan dunia seperti Petra, Jerash, Amman Citadel dan lain-lain lagi. Malah keunikan Laut Mati turut menjadikan Jordan terkenal di mata dunia.
Anuar Zain menerangkan kenapa Jordan menjadi destinasi percutian, “saya suka mengembara melihat sejarah, budaya dan senibina sesebuah negara. Jordan antara negara yang belum pernah saya lawati. Jadi apabila datang peluang begini saya tidak lepaskan malah saya ingin mengajak semua peminat saya untuk turut sama bercuti sambil bergembiran bersama-sama saya.”
“Ini merupakan momen bersejarah bagi perjalanan seni saya kerana buat pertama kalinya saya berpeluang bercuti bersama-sama peminat,” tambah Anuar Zain lagi.
Peminat yang mengikuti percutian akan melawat beberapa tempat menarik di Jordan seperti Amman, Jerash, Petra dan Laut Mati. Malah mereka akan menginap di hotel-hotel bertaraf lima bintang dan turut berpeluang untuk menikmati hidangan enak di restoran-restoran terkenal di Jordan. Bukan itu sahaja, para peminat bakal menyaksikan satu-satunya persembahan khas oleh Anuar Zain sewaktu majlis makan malam di Laut Mati.
Pakej percutian 7 hari 5 malam sudah mula dijual. Harga pakej dijual pada harga RM9,999 seorang. Peminat yang ingin membeli pakej boleh menghubungi Scenic Leisure & Event di talian 03-8073 3648 dan Percutian Magis Jordan Bersama Anuar Zain hanya terhad untuk 250 orang sahaja. Justeru itu tempahan awal amat digalakkan.
Package Price:
- RM9,999 per person twin sharing
- RM11,999.00 per person single supplement