ZALORA memperkenalkan hasil kerjasamanya dengan salah seorang pereka fesyen terhangat Malaysia, Syomir Izwa, dengan suatu koleksi eksklusif yang diilhamkan daripada gerakan Art Deco, yang hangat di Eropah pada zaman 1920-an hingga 1930-an dahulu.
Konsep koleksi ini diilhamkan oleh rekaan seni bina zaman 20-an dan 30-an yang popular di seluruh Eropah dan Amerika Syarikat bergelar gerakan Art Deco. Syomir Izwa mendapat ilham daripada perincian geometri gerakan ini yang ditonjolkannya dalam koleksi Hari Raya beliau yang terkini. Menggabungkan unsur-unsur vintaj daripada gerakan Art Deco ini dengan seni baju kurung tradisional, Syomir telah menyulamkan dua faktor ini untuk melahirkan rupa bergaya yang jitu bagi wanita moden.
Bersama dengan ciri-ciri lazim baju kurung, Syomir Izwa mengenakan sentuhan Eropah kepada rekaan-rekaannya. Koleksi tersebut juga menampilkan warna hitam putih yang klasik, dengan rona-rona mirip makarun seperti jingga kesumba, biru firus, biru, kuning, lime, serta perang dan juga nude. Kesegaran rekaan dikekalkan dengan merangkumkan lisu-lisu samar dan perincian blok warna untuk melahirkan ilusi Art Deco.
Sebahagian besar koleksi ini diperbuat daripada kapas buluh organik. Keselesaan dan kesejukan bahan tersebut membolehkan pemakainya merasa sejuk dan selesa semasa musim perayaan yang panas. Koleksi tersebut terdiri daripada set mini kurung, set baju kurung serta dress labuh.
HARGA
Syomir Izwa for ZALORA boleh didapati di www.zalora.com.my mulai 30 Mei dan memberi peluang kepada fashionista di seluruh Malaysia dan Brunei untuk memiliki rekaan Syomir Izwa. Harga bermula daripada RM450 sehingga RM500.
Koleksi Syomir Izwa for Zalora 2014