Menurut sebuah laporan yang diterbitkan di Universiti George Washington, negara paling mengamalkan ajaran Al-Quran adalah negara Ireland. Sementara itu, negara yang majoriti penduduknya beragama Islam iaitu Malaysia berada pada kedudukan ke-33 dan merupakan kedudukan tertinggi bagi negara Islam di dalam senarai itu.
Hossein Askari, seorang Profesor Perniagaan Antarabangsa dan Hal Ehwal Antarabangsa di Universiti George Washington di Amerika Syarikat adalah salah seorang daripada dua penulis indeks Islamicity bersama-sama dengan Scheherazade S. Rehman, memberitahu BBC bahawa laporan itu menerbitkan bagaimana negara-negara itu menggunakan pengajaran dari Quran dalam kehidupan seharian rakyatnya. Mereka melihat pada isu pentadbiran negara, politik, hak asasi manusia dan hubungan antarabangsa.
Hasil laporan itu menunjukkan bahawa Ireland, United Kingdom dan Amerika Syarikat semua berada dalam kedudukan yang lebih tinggi daripada semua negara yang menjadi ahli Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). Malah, negara yang menjadi ahli OIC adalah Malaysia pada kedudukan tertinggi iaitu 33, manakala Arab Saudi dan Qatar berada pada kedudukan 93 dan 111.
Professor Askari mengatakan bahawa sebab bagi ranking yang rendah negara-negara Islam adalah pentadbiran negara mereka. Ada pentadbir negara yang menggunakan agama sebagai alat kuasa mereka sahaja dan mereka tidak mengambil berat tentang orang Islam. Ajaran Quran mengatakan bahawa kemakmuran ekonomi adalah baik untuk masyarakat, tetapi laporan Askari mendapati bahawa kemakmuran jarang di dapati dalam negara-negara Islam.