Kita memang pantang melihat anak kecil bermain di atas lantai yang tidak bersih atau bermain dengan benda-benda yang kotor.Bimbang mereka terkena penyakit. Tapi tahukah anda, menurut kajian terbaru, membiarkan anak anda bermain dengan kotoran akan mengelakkan mereka terkena penyakit penyakit asma dan alahan.
Kajian yang dibuat oleh majalah Time melalui Journal of Allergy and Clinical Immunology, kanak-kanak yang dilelakkan untuk terdedah dengan kotoran seperti termasuk bulu tetikus, bulu kucing dan najis lipas akan membuatkan mereka kurang menghadapi semput sebelum berumur tiga tahun.
Penyelidikan yang sama turut mendedahkan kanak-kanak yang membesar dengan bebas daripada alahan adalah kanak-kanak yang membesar dalam rumah yang terdedah kepada alergen dan bakteria berbanding dengan mereka yang terlindung daripada kotoran ini, mereka lebih cenderung menghidap alahan dan asma.
Kenapa ya? Menurut teori yang disampaikan majalah itu, kanak-kanak yang disimpan dalam persekitaran steril tidak dapat membina kekebalan badan seperti mereka yang terdedah kepada “bahaya ” tersebut.
Agaknya benarlah seperti cogan kata iklan sabun pencuci Breeze, biar terkena kotoran demi pengalaman. Betul tak?