Wanita mungkin tidak tahu selok belok perlawanan bola sepak, peraturan ketika beraksi di padang tetapi itu bukan alasan untuk tidak menonton Piala Dunia 2014. Ada yang menonton semata-mata ingin melihat himpunan pemain bola sepak yang punya paras rupa cukup menawan. Tak salahkan?
Tidak dinafikan sukan bola sepak mempunyai beberapa atlet yang menarik perhatian. Dengan susuk tubuh dan beraksi lasak di padang ditambah lagi foreign accents yang diguna menjadikan mereka sebab kenapa anda perlu menyaksikan Piala Dunia 2014. Jom tengok beberapa pemain bola sepak paling menarik perhatian di Piala Dunia 2014.
Olivier Giroud, 27, France dan Arsenal F.C.
Pemain Perancis yang mempunyai side-swept hairdo dan baby-blue eyes baru-baru ini menimbulkan perhatian apabila muncul shirtless dalam French gay magazine, Tetu.
Gerard Piqué, 27, Spain dan FC Barcelona
Rasanya semua orang mengenali pemain yang bermain di posisi bek tengah dan bek kanan. Teman wanitanya adalah penyanyi Pop Colombia Shakira, pasangan ini bertemu ketika penggambaran video muzik untuk “Waka Waka” – lagu tema Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. Kini, pasangan ini dikurniakan cahaya mata lelaki, Milan.
Claudio Marchisio, 28, Italy dan Juventus
Media Itali telah menggelarkan dia sebagai “Il Principino” (The Little Prince). Dia yang dikasihi oleh wanita Itali kerana mata biru yang dimiliknya. Terkenal kerana muncul dalam iklan seluar dalam Dolce & Gabbana.
Keisuke Honda, 27, Japan dan A.C. Milan
Pemain tengah yang sungguh agresif ini merupakan kesayangan Jepun kerana mempunyai tendangan bebas gravity-defying. The New York Times meramalkan Honda mungkin akan menjadi the next David Beckham kerana punyai tawaran iklan yang silih berganti.
Lukas Podolski, 29, Germany dan Arsenal F.C.
Dia menjaringkan gol hanya sembilan saat permulaan perlawanan ketika menentang Ecuador, menjadikan beliau penjaring kedua terpantas dalam sejarah bola sepak.
Neymar Júnior, 22, Brazil dan FC Barcelona
The Mohawk Neymar adalah salah satu bintang paling cepat meningkat dalam dunia bola sepak dan telah diumumkan sebagai “the next Pelé.” Hanya 22, dia kini salah seorang atlet dengan bayaran tertinggi dalam sukan ini.
Cristiano Ronaldo, 29, Portugal dan Real Madrid F.C.
Pemenang tahun ini Ballon d’Or, Ronaldo kini merupakan pemain bola sepak dengan bayaran tertinggi di dunia, dengan gaji sebanyak $23 million euros setahun, ditambah lagi kempen iklan komersial yang menguntungkan.
Mats Hummels, 26, Germany dan Borussia Dortmund
Merupakan pemain tengah, Hummels telah menjadi squad antarabangsa sejak 2010 dan mewakili Jerman di Euro 2012. Baru-baru ini, laporan mengatakan Louis van Gaal mahu Manchester United melamar Mats Hummels tetapi Hummels tetap mahu bermain dengan Borussia Dortmund.