Berita yang sangat menggembirakan untuk mereka yang memilih bas sebagai pengangkutan pulang berhari raya, apabila tambang bas tidak akan dinaikkan. Tiada kenaikan tambang bas ekspres menjelang Aidilfitri ini, sebaliknya ketetapan mengenai kadar baru akan diputuskan selepas sambutan perayaan itu.
Perkara itu telah pun disahkan Persatuan Pengusaha-Pengusaha Bas SeMalaysia (PMBOA). Presidennya, Datuk Mohamad Ashfar Ali meminta pengusaha bas menjual tiket bas ekspres mengikut kadar yang telah ditetapkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam (SPAD).
“Semua pengusaha bas boleh menjual tiket sempena Aidilfitri mulai sekarang mengikut harga tambang sedia ada. Kita juga tidak mahu merosakkan ‘mood’ mereka yang ingin balik ke kampung halaman untuk meraikan hari raya bersama keluarga masing-masing,” katanya lagi.
mstar, Bernama