Buat penggemar minuman Cocal Cola, Coca Cola memperkenalkan produk baharu mereka yang baru iaitu Coca Cola Life yang dikatakan lebih sihat daripada yang biasa.
Mengandungi gula yang kurang tiga kali daripada kandungan biasa dalam Coca Cola, ia disasarkan untuk serba sedikit menangani masalah obesiti di kalangan masayarakat pada hari ini.
Difahamkan, pemanis yang terdapat dalam minuman ini menggunakan gula yang dicampurkan ekstrak daun stevia. Setiap tin 330ml akan hanya mengandungi 22.1 gram gula – 25 peratus daripada jumlah harian garis panduan orang dewasa (GDA).
Coca Cola Life yang berwarna hijau ini akan mula dijual di Argentina dan Chile, seterusnya di Britain pada September depan.