Jika kali terakhir anda menyandang backpack atau beg galas belakang adalah ketika zaman persekolahan dahulu, anda mungkin boleh mempertimbangkan untuk menjadikan ia sebagai salah satu koleksi beg anda untuk tahun ini.
Kami dapati beg sandang belakang kini sudah menjadi trend semula malah dihasilkan oleh rumah-rumah fesyen mewah seperti Chanel dan Karl Lagerfeld. Selain nampak chick dan girly , antara kelebihan trend ini juga adalah ianya memberi sokongan kepada bahu yang lebih baik berbanding beg jenis tote.
Selain itu jika gaya hidup anda memerlukan anda untuk travel , aksesori ini juga kami kira sebagai sesuatu yang convenient.
Trend yang pernah popular pada pertengahan 90-an ini juga lebih praktikal terutama jika anda jenis yang perlu membawa barangan yang banyak di dalam beg tangan. Tidak terhad kepada material kanvas sahaja, beg ini juga boleh didapati dalam material leather. Malah trend ini kembali dengan rekaan yang lebih sophisticated dan elegan.