Tersenyum simpul kami membaca tweet dari Menteri Belia dan Sukan sebentar tadi. Kalau fenomena ponteng kerja dengan cara mendapatkan MC (medical certificate ) atau cuti sakit ketika musim bola piala dunia sudah biasa kita dengar , nampaknya mungkin Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali dengan gelaran KJ ini mahu “mencuba” trick yang sama .
Ahli perlimen Rembau berusia 38 tahun ini telah menghantar satu tweet, berbentuk gambar print screen tweet dia bersama dengan Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak . Secara berseloroh, KJ kononnya ingin membuat permohonan MC kepada Datuk Sri Najib.
Gambar tersebut juga datang dengan tweet beliau yang berbunyi “Pengajaran bagi semua yang mahu kelentong boss masing2 semasa World Cup.”
Yang menjadikan tweet tersebut lebih kelakar adalah balasan tweet daripada perdana menteri yang nampaknya “melayan” tweet nakal tersebut yang menunjukkan “permohonan” tersebut ditolak .
Kj sebelum ini dilaporkan telah bersama-sama bersengkang mata menonton pembukaan Piala Dunia tahun ini yang ditayangkan di layar besar bertempat di Dataran Merdeka kira-kira jam 4 pagi waktu tempatan semalam dan seperti orang lain , KJ juga turut mengadu mengantuk di laman Facebooknya dan mungkin sebab itulah cuba mohon MC ya … (hahaha)
Nampaknya media sosial juga mampu mendekatkan hubungan pemimpin bersama rakyat dan siapa kata pemimpin negara seperti mereka perlu berpersonaliti dingin.
Kepada semua yang bakal terus berjaga malam selepas ini untuk menonton acara yang berlangsung empat tahun sekali ini , jangan mintak MC untuk ponteng kerja ya .. ambil pengajaran kisah KJ ni.