Michael Shcumacher, 44, bekas pelumba F1 sebelum ini berada dalam keadaan koma selepas kepalanya mengalami kecederaan teruk akibat kemalangan ketika sedang bermain ski di pusat peranginan Pergunungan Alps, Perancis, pada Disember lalu.
Kini, beliau dikhabarkan telah pun sedar dari koma yang dialaminya sejak akhir tahun lalu. Dalam satu kenyataan yang dipetik melalui The Telegraph, jurucakap rasmi bagi Schumacher, Sabine Kehm memberitahu bahawa Schumacher telah pun meninggalkan Grenoble Hospital untuk menyambung sesi terapi dan pemulihannya di Switzerland.
Namun menurut kenyataan tersebut lagi, perkembangan terbaru mengenai lokasi terkini lagenda Formula Satu itu tidak diberitahu.