Apa yang berlaku? Sebelum ini anda suka datang kerja kini anda sudah tidak mempunyai keinginan untuk bekerja lagi. Anda sudah tidak merasai keseronokan melakukan tugas dan kerja anda. Kenapa ia berlaku?
Jangan bimbang. Ini sebenarnya adalah perkara biasa ketika dalam proses pertengahan ‘krisis’ kerjaya yang dialami semua orang, dengan keadaan yang susah, tertekan, persekitaran yang tidak memuaskan hati, melakukan tugas for nothing dan banyak lagi elemen bila anda berdepan dengan krisis ini.
Tetapi jika anda sudah merasakan kerja anda sekarang ini langsung tidak menarik malah menyeronokkan, sudah sampai masanya anda berfikir balik dan buat keputusan. Teruskan atau tidak?
8 Tanda Anda Perlu Mula Cari Pekerjaan Baru
Sebelum itu, kenalpasti 4 sebab kenapa anda merasakan kerja anda sudah tidak menyeronokkan lagi.
1. Bila anda rasa bosan atau tidak lagi merasakan cabaran dalam bekerja.
Setiap kerjaya mempunyai pasang surutnya, mula-mula bekerja anda akan berada dalam proses pembelajaran. Anda mungkin berada dalam keadaan selesa dan senang. Kerja yang bagus dan baik diberikan pengiktirafan. Tetapi lama-kelamaan anda rasakan bosan dengan tugasan dan langsung tiada cabaran dalam menjalankannya. Mungkin anda melakukan kerja yang sama, atau mungkin anda duduk di pejabat dari jam 9 pagi sehingga 6 petang. At one point, anda mengeluh panjang bila harus berdepan dengan situasi ini setiap hari. Hurmmm…
2. Terlalu banyak kerja tetapi tidak dihargai langsung
Sebab kedua bila anda sudah kehilangan keseronokan bekerja, adalah apabila anda merasakan kerja anda tidak pernah habis, usaha keras anda tidak pernah diiktiraf. Penat bukan? Pernah bertanya pada diri? Jika anda tidak habiskan kerja adakah ada yang perasan atau mereka buat bodoh sahaja seperti tiada apa yang berlaku.
3. Persekitaran di tempat kerja – mungkin bos atau rakan kerja
Bos yang baik adalah individu yang sentiasa mendengar idea, memberi pandangan, menambah dan juga hargai usaha keras anda. Tetapi, jika bos anda yang langsung tidak pedulikan keadaan anda dan hanya tahu memberi kerja tanpa bertanya atau berbincang sehingga stress. Fikir semula! Mungkin anda tidak berkenan dengan salah seorang rakan sekerja, apa yang boleh anda lakukan ialah berjumpa dan duduk berbincang masalah anda berdua.
Surrounding yourself with positive people will make you more positive. Surrounding yourself with people you respect will make them respect you. Surrounding yourself with bright people will help you learn. Become of those people.
4. Hilang keseronokan yang tiada kena mengena langsung dengan kerja
Adakah anda sedang melalui masa yang sukar dengan masalah keluarga, kesihatan terganggu, kewangan sedang kering atau beberapa keadaan yang lain? Jika ya, jangan abaikan tetapi pergi mendapatkan pertolongan. Walaupun anda merasakan ianya tidak menggangu dan menjejaskan kerja, percayalah ia akan. Banyak syarikat menyediakan perkhidmatan kaunseling dalam memberi nasihat untuk membantu anda melalui masa-masa sukar.