Pendidikan adalah amat penting pada masa kini malah boleh dianggap sebagai satu “pelaburan” dalam menjamin masa depan yang lebih gemilang. Namun hakikatnya, ‘pelaburan’ tersebut memerlukan dana yang amat tinggi terutama untuk pengajian peringkat kolej dan unversiti.
Oleh sebab tersebutlah jika anda masih ingat, sebelum wujudnya badan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), ramai yang tidak dapat menyambung pengajian mereka kerana kekangan kewangan. Oh kami sebenarnya bukan mahu menulis tentang PTPTN sebaliknya tentang kedai kopi Starbucks.
Baru-baru ini, CEO syarikat tersebut telah mengumumkan yang mereka akan menaja ribuan pekerja mereka , termasuk baristas untuk mendapatkan ijazah sarjana muda melalui program atas talian Arizona State University.
Syarat untuk penajaan tersebut termasuklah pekerja tersebut perlu bekerja sekurangnya 20 jam di perusahaan tersebut selain beberapa syarat yang lain. Program tersebut juga dihadkan untuk mereka yang mempunyai kursus pengajian yang mempunyai jam kredit 2 tahun lagi sahaja . Untuk mereka yang baru memulakan tahun pengajian, sejumlah subsidi bernilai $6500 (RM 20 , 988).
Untungnya mereka yang bekerja di Starbucks. Alangkah baiknya jika tawaran ini terbuka untuk pekerja Starbucks Malaysia juga kan.