Rakyat Malaysia kini dapat menikmati fenomena kelazatan pretzel sebenar dari Amerika, Wetzel’s Pretzels dengan pembukaan cawangan pertamanya di Kuala Lumpur. Terletak di Pusat Membeli-Belah Sunway Pyramid, salah sebuah pusat membeli-belah terbesar dan tersibuk di Malaysia, cawangan Wetzel’s Pretzel ini berada di lokasi strategik yang bakal memenuhi citarasa pelanggan dari semua lapisan masyarakat.
Bercakap di majlis perlancaran cawangan itu, Anthony Parete, Timbalan Pengarah Eksekutif Wetzel’s Pretzels, berkata: “Kami sangat teruja untuk membawa Wetzel’s Pretzels ke Malaysia kerana kami percaya wujudnya permintaan yang tinggi untuk pretzel yang diuli segar dan lazat di Malaysia. Kami ingin memberikan pengalaman menikmati snek popular Amerika yang sebenar kepada rakyat Malaysia. Malah, saya amat gembira untuk mengumumkan bahawa kami akan membuka cawangan ke-2 kami di Malaysia pada bulan Oktober tahun ini. Cawangan itu terletak di Gardens Mall!”
Beliau menambah: “Rakyat Malaysia boleh menjangkakan hanya pretzel panas yang dimasak sempurna, segar dari oven, lembut, kenyal dan penuh berperisa. Anda turut dapat menikmati kualiti yang sama dengan semua produk kami, daripada pelbagai jenis pretzel yang berperisa unik kepada air lemon segar.”
Di cawangan Sunway Pyramid, Wetzel’s Pretzels akan menyediakan pretzel segar yang diuli dengan tangan dan lazat dalam beberapa perisa popular yang pernah dihasilkan. Ini termasuk perisa Garlic Butter Cheese yang terkenal dan Wetzel Dogs yang enak. Pretzel-pretzel lain termasuk Jalaroni, Chocolate Pretzel dan Almond Crunch. Wetzel’s Pretzels juga menawarkan air lemon yang sangat menyegarkan.
Layari www.wetzels.com untuk maklumat lanjut mengenai Wetzel’s Pretzels.