Banyak inspirasi yang kita dengar dalam ibubapa menamakan bayi mereka. Malah kini ibubapa kelihatannya berlumba-lumba menamakan anak mereka menggunaakan nama yang unik dan jarang didengar.
Di Amerika, menamakan bayi mereka sempena nama negara atau daerah bukan lagi sesuatu yang asing. Malahan banyak selebriti terkenal juga mempunyai nama asli sempena nama negara. Misalnya , Paris Hilton, America Ferrara, Holland Taylor, India.Arie, Ireland Baldwin, dan juga Morocco Tyson.
Bagaimanapun, pendedahan oleh laman Swimmingly ini nampaknya sangat mengujakan. Rupanya nama negara kita juga turut menjadi pilihan rakyat Amerika sebagai nama bayi perempuan. Lebih mengejutkan, ‘Malaysia’ adalah pilihan tertinggi dengan jumlah 630 bayi perempuan.
Berdasarkan infografik laman tersebut juga, antara nama negara yang menjadi pilihan juga adalah Kenya, Amerika, India dan juga Ireland. Kebanyakan nama-nama ini diberikan kepada bayi perempuan berbanding bayi lelaki. Nama negara yang menjadi pilihan untuk bayi lelaki hanya Kenya (10 bayi), Holland ( 44 bayi) , Egypt (36 bayi), (Great) Britain (31 bayi), Brazil (7 bayi), Trinidad ( And Tobago) (26 bayi), New Zealand (23 bayi), Cyprus ( 12 bayi), Morocco (10 bayi) dan Thailand ( 9 bayi).
Ada sesetengah nama negara yang memberi makna lain dalam sesetengah bahasa. Misalnya, Mali, mungkin merujuk kepada negeri Afrika Barat tetapi dalam bahasa Thailand ia bermakna bunga. Jordan, Chad dan Israel pula terkandung dalam kitab Bible .
Tiada bayi lelaki yang dinamakan sebagai ‘Malaysia’. Mungkin kerana “Malaysia” kedengaran agak feminin barangkali ya. Anda pula bagaimana? Berminat untuk menamakan bayi anda sempena nama negara?