Menerusi pelancaran formula In-Shower NIVEA, Beiersdorf kini melancarkan variasi Whitening (losyen pencerah), pilihan terbaharu kepada revolusi rangkaian losyen badan ini. Menyerupai produk terdahulu, NIVEA In-Shower Whitening Skin Conditioner melembapkan kulit dengan mudah menerusi formula yang diaktifkan oleh air dan pada masa yang sama menjadikan kulit kelihatan berseri.
NIVEA In-Shower Whitening Skin Conditioner amat penting kepada pengguna wanita Asia. Majoriti daripada mereka cenderung untuk memiliki kulit cerah dan tona kulit yang sekata supaya mereka tampil lebih yakin dengan diri sendiri.
NIVEA In-Shower Whitening Skin Conditioner dirumus khas untuk kulit yang kusam. Ia mengubah keperluan penjagaan kulit wanita Asia yang diidamkan ke dalam rutin harian. Ia diperkaya dengan 50X Vitamin C dari Camu-Camu yang terkenal dengan antioksidan semulajadi dan agen pencerah kulit. Camu-Camu ialah buah yang berasal dari hutan Amazon. Ia bersaiz seperti ceri, berwarna ungu dan mempunyai rasa masam. Buah berkhasiat ini merupakan sumber botani yang mengandungi Vitamin C tertinggi di seluruh dunia.
NIVEA In-shower Skin Conditioner mudah digunakan dalam empat langkah berikut:
Langkah 1 Bersihkan badan dengan gel mandian seperti biasa dan bilas dengan air
Langkah 2 Sapukan NIVEA In-shower Skin Conditioner semasa kulit masih basah
Langkah 3 Bilaskan NIVEA In-shower Skin Conditioner (Nota: Tidak perlu biarkan seketika sebelum dibilas)
Langkah 4 Keringkan badan, bersiap sedialah untuk ke mana jua!
Rangkaian In-Shower NIVEA kini boleh didapati dalam 3 variasi dan 2 saiz:
NIVEA In-Shower Skin Conditioner untuk kulit normal & NIVEA In-Shower Intensive Skin Conditioner untuk kulit kering
- 250ml – Harga Runcit Cadangan (RSP) RM16.90
- 400ml – Harga Runcit Cadangan (RSP) RM22.90
NIVEA In-Shower Whitening Skin Conditioner untuk kulit kusam
- 250ml – Harga Runcit Cadangan (RSP) RM18.90
- 400ml – Harga Runcit Cadangan (RSP) RM24.90