Ini berita baik untuk peminat ratu rock negara , siapa lagi kalau bukan Ella. Beliau telahpun mengumumkan untuk bakal menghiburkan peminatnya bertempat di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur pada hari Ahad ini, 22 Jun 2014. Lebih menarik, persembahan Ella kali ini akan menyaksikan koloborasi pertamanya bersama band indie tempatan , Sparrow King sebagai sebahagian daripada usaha beliau untuk mempromosikan dan mengekalkan senario muzik tempatan.
Sementara itu, dimajlis yang sama, Sparrow King juga telah melancarkan album mereka yang menampilkan lagu mereka sendiri bertajuk ‘Jengkudi’ dan ‘Intripetasi’ . 10 % hasil jualan album tersebut akan didermakan ke Yayasan Kanser Malaysia. Band indie juga telah membuat persembahan di Hard Rock Cafe hampir 5-6tahun.
Selain itu, penyanyi lagenda ini juga akan melancarkan single barunya hasil duet beliau bersama dengan artis Indonesia , Anji. Pemilik nama sebenar Norzila Aminuddin ini juga sedang dalam perancangan menganjurkan konsert solo dan percutian bersama peminatnya. Tarikh untuk acara tersebut bagaimanapun akan diumumkan kemudian. Antara judul lagu baru yang disampaikan Ella adalah ‘Istimewa ‘ dan ‘Risalah Cinta’.
Ella akan menyampaikan lagu-lagu hitsnya dalam showcase berdurasi satu jam tersebut. Harga tiket bernilai RM 40 (termasuk minuman standard) . Untuk maklumat lanjut , anda boleh melayari laman web www.hardrock.com/kualalumpur