Uqasha Senrose, kakak kepada Nelydia Senrose sudah bertudung? Alhamdulillah! Seorang lagi artis Malaysia telah melakukan perubahan dalam hidup kearah kebaikan. Melalui portal hiburan Gua, Uqasha Senrose mengesahkan yang beliau sudah berhijrah.
“Saya rasa tak perlulah sampai saya nak kena beritahu satu dunia yang saya kini sudah bertudung. Saya percaya, lambat-laun orang akan tahu juga mengenai perkara ini.
“Saya pakai tudung atas diri saya sendiri. Jika pakai kerana dipaksa, perkara ini tidak akan kekal. Saya mahukan yang terbaik untuk diri saya dan jika boleh, saya nak benda ini berterusan. Saya harap orang mendoakan yang baik-baik untuk saya, “tambahnya. (sumber Rotikaya)
Semoga penghijrahan artis-artis wanita Malaysia dapat membuka mata artis-artis yang lain untuk turut mengikut jejak langkah kearah kebaikan ini.