Sekarang satu dunia melanda demam bola Piala Dunia 2014 yang sedang berlangsung di Brazil. Nak menonton tidak salah tetapi kesihatan perlu dijaga juga. Terbaru, tiga peminat bola sepak dari China maut akibat menonton Fifa 2014 berterusan tanpa tidur.
Seorang peminat bola sepak di Shanghai, China ditemui mati selepas berturut-turut menonton perlawanan Piala Dunia 3 malam tanpa tidur. Zhou Meng, seorang berusia 39 tahun dari Shanghai telah meninggal dunia kerana strok. Menurut doktor Zhou Meng dipercayai berjaga selama tiga malam berturut-turut untuk menonton Piala Dunia. Zhou Meng runtuh di atas sofa selepas mengalami strok semasa menonton perlawanan malam Sabtu antara Uruguay dan Costa Rica.
Shanghai Morning Post melaporkan, seorang lelaki 25 tahun di Suzhou, China dijumpai mati di depan komputernya ketika menyaksikan perlawanan Piala Dunia antara Chile dan Australia. Doktor melaporkan ianya disebabkan terusan berjaga tanpa tidur.
Dalam satu lagi kes terpencil, seorang lelaki 51-tahun mengalami serangan jantung semasa perlawanan Piala Dunia antara Sepanyol dan Belanda. Li Mingqiang yang juga bekas penjaga gol dan peminat bola sepak dari wilayah Liaoning di timur laut China mengalami serangan jantung pada hari Sabtu ketika menyaksikan pertarungan sengit Belanda menentang Sepanyol.
Dailymail & Telegraph & Says Malaysia