Ingatkan di negara kita sahaja nama Malaysia popular, rupanya ‘Malaysia’ kini menjadi sebutan di negara luar iaitu Amerika Syarikat.Mana tidaknya, ramai ibu bapa di Amerika memilih untuk menamakan bayi mereka dengan nama ‘Malaysia’. Menurut artikel yang disiarkan di akhbar The Star , sebuah laman web iaitu Expat Go telah melaporkan pada tahun lepas sahaja, sebanyak 630 ibu bapa di Amerika Syarikat menamakan bayi perempuan mereka ‘Malaysia’ . Laman itu juga yang turut berkongsi maklumat mengenai Malaysia kepada ekspatriat yang tinggal di dalam negara dan perjalanan ke Malaysia, berkata bahawa ini adalah trend yang meningkat naik di Amerika Syarikat.
Data dari pentadbiran keselamatan sosial Amerika Syarikat menunjukkan bahawa 630 bayi telah dinamakan sebagai ‘Malaysia’ telah didaftarkan pada tahun 2013, 570 nama pada tahun 2012 dan 964 pada tahun 2011. Malaysia adalah nama negara yang paling popular dan telah menjadi trend sejak tiga tahun yang lalu. Selain Malaysia, negara yang turut menjadi pilihan rakyat Amerika adalah Jordan, Israel, Georgia ,Chad, Amerika, India, Ireland dan Belanda.
Kalau di Malaysia, banyak trend menamakan anak dengan nama artis dan selebriti, nama pemimpin, nama rasul dan nabi dan juga nama yang membawa tuah mungkin bagi mereka yang berbangsa selain Melayu. Walau apapun, disarankan untuk menamakan anak kita dengan nama yang bermaksud yang indah-indah.