Ini bukan pertama kali terjadi bahkan terjadi di seluruh dunia. Simptom demam Piala Dunia 2014 yang melanda negara ketika ini telah menyebabkan banyak syarikat mengalami kerugian besar apabila prestasi produktiviti pekerja terjejas apabila berlaku peningkatan kes pengambilan cuti sakit (MC), lewat ke tempat kerja dan ponteng.
Mana tidaknya, ramai pekerja terpaksa bersengkang mata untuk menonton perlawanan bola sepak tersebut sehingga mengakibatkan mereka tidak cukup tidur dan rehat. Ini berikutan waktu siaran langsung perlawanan bola sepak itu yang berlangsung di Brazil bermula dari pukul 12 tengah malam hingga 8 pagi. Situasi yang lebih teruk mungkin berlaku pada Piala Dunia 2014 berbanding kejohanan itu yang diadakan pada tahun 2010 apabila perlawanan bermula lebih awal iaitu dari pukul 7.30 petang hingga 2.30 pagi.
Berikut adalah kaji selidik yang dijalankan oleh Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) untuk Piala Dunia 2010 :
1. Sebanyak 61.7 peratus majikan menyatakan mereka mengalami masalah kemerosotan produktiviti pekerja.
2. Pengambilan cuti sakit mencatatkan peningkatan paling tinggi iaitu 23.5 peratus.
3. Ramai pekerja yang datang lewat ke tempat kerja (22.5 peratus),
4. Masalah ponteng (17.6 peratus), produktiviti menurun (13.7 peratus) dan lain-lain (4.9 peratus).