Jika sebelum ini kami berkongsi dengan anda tentang kisah ketampanan seorang watawan dari Jepun yang telah “mengganggu” proses pilihan raya di Thailand, kali ini kami mahu kongsikan satu cerita yang lebih kurang sama tapi melibatkan wartawan wanita pula.
Gerangan yang kami maksudkan adalah seorang wartawan sukan dari Mexico, Vanessa Huppenkothen. Wartawan ini mula mendapat perhatian apabila membuat liputan perlawanan Piala Dunia FIFA 2014 yang sedang berlangsung di Brazil.
Antara aksinya yang telah mendapat perhatian ramai adalah lagak selambanya manari di tepi padang semasa acara tersebut. Video tarian lincahnya yang bersahaja itu juga turut dimuatnaik dalam akaun Instagramnya.
Dan rasanya tentu sekali Vanessa menjadi mata tumpuan kerana rupa paras jelita dan penampilannya yang seksi. Wah nampaknya bukan pemain bola sepak dan teman wanita mereka sahaja yang boleh jadi bintang dalam dunia sukan ya.
Melalui laman Instagram miliknya juga, wartawan seksi ini juga pernah terpilih menghiasai muka hadapan majalah Cosmopolitan dan GQ Mexico. Memang hot and spicy !
Gambar dari Instagram Vanessa Huppenkothen