Dengan pembukaan pusat membeli-belah gaya hidup hijau “transumer” (pengguna transit) yang pertama di Kuala Lumpur, NU Sentral menyuntik kehidupan baru ke dalam kawasan perniagaan pusat ini. Pengguna bandar yang inginkan pengalaman makan yang baru boleh bergembira dengan kopi “third-wave”, makanan segera Korea, makanan popular Indonesia dan pelbagai pencuci mulut yang lazat yang kini boleh didapati di Nu Sentral!
1. [MAKANAN INDONESIA] Waroeng Penyet – Nikmati hidangan jalanan Indonesia yang terbaik dan alami pengembaraan kulinari tanpa perlu ke luar negara! Antara pilihan menu yang mesti dicuba termasuklah ayam penyet (ayam goreng yang dileperkan) dan ayam bakar yang dihidang bersama tauhu dan tempeh (kepingan kacang soya yang diperam). Penggemar cili pasti menyukai sos sambal yang pedas dan kemudian menyejukkan tekak dengan air bandung istimewa Waroeng Penyet yang dikenali sebagai soda gembira, air bandung versi berkarbonat.
Promosi – Rasa dan nilai hebat digabung bersama dengan tawaran set makan tengahari pada hari bekerja dari 12pm hingga 3pm. Satu set hidangan terdiri daripada 1 hidangan utama, nasi dan secawan besar air minuman ringan yang bermula dari harga RM10.90.
- Lokasi Lot 4-08, Level Four, Nu Sentral, Kuala Lumpur, Malaysia
- Hubungi 016 920 0929
2. [KOPI THIRD-WAVE] Jeneris by Ahren – Pengguna bandar yang sibuk dan inginkan sesuatu untuk menceriakan hari mereka kini boleh menikmati minuman berasaskan kopi berkualiti tinggi dan pelbagai pilihan pastri dan pencuci mulut dari Jeneris, salah satu kafe “Third-wave” Kuala Lumpur dengan pendekatan artisan dan buatan tangan dalam penghasilan kopinya. Kopi Aceh dengan satu asalan – yang dihasilkan dengan teliti untuk kepuasan anda adalah pilihan yang tepat!
Promosi – Kombo Makan Tengahari & Istimewa Minum Petang – Layari https://www.facebook.com/JenerisByAhren untuk promosi terkini. Muat turun Maxis Rewards App untuk menikmati pastri percuma dengan setiap pembelian mana-mana kopi atau teh panas/sejuk, sah sehingga 30 Jun 2014.
- Lokasi Lot CC-14, Concourse Level, Nu Sentral, Kuala Lumpur, Malaysia
- Hubungi 012 639 6632 / Steve Tan
3. [MAKANAN KOREA] B.Bap Express – Makanan asli Korea yang dihidang dalam suasana kontemporari pada harga berpatutan adalah sesuatu yang boleh anda dapati di B.Bap Express. Dengan pelbagai pilihan panas atau sejuk sup yang pedas dan menenangkan, mi dan hidangan berasaskan nasi, termasuklah bibimbap (nasi campur yang dihidang bersama sayur yang diperam dan pes cili gochujang), penggemar makanan Korea pasti gembira menikmati hidangan di sini.
Promosi –
- Jun hingga Julai 2014 – 10% diskaun bagi Menu Cadangan B.bap
- Deng Jang Jiigae (Ayam/Daging/Makanan Laut)/ Kod Pesanan Menu:D8 / D9/ D10 – Stu pes kacang dengan tauhu dan sayur yang dihidang bersama nasi
- Chicken Jajang Bap /Kod Pesanan Menu:E08 – Ayam yang dimasak dengan pes kacang hitam Korea-Cina yang dihidang bersama nasi
- Su Jae Bi (Chicken/Beef/Seafood) / Kod Pesanan Menu:F13/ F14/F15 – Mi yang dihasilkan dengan tangan dan dihidang bersama sup
- Haemul Bokem Udon / Kod Pesanan Menu:G04 – Udon goreng pedas dengan makanan laut
Lokasi Lot G-08, Ground Level, Nu Sentral, Kuala Lumpur, Malaysia
Hubungi 012 211 2719 / Yvonne
4. [AISKRIM] Cream & Fudge Factory – Uji kreativiti anda dan nikmati aiskrim paling berkrim di dunia, sebuah konsep terkini yang diilhamkan dari Charlie & The Chocolate Factory. Ciptaan anda akan dihasilkan di depan mata anda – aiskrim yang paling premium diuli dengan tangan di atas batu marmar beku dengan buah-buahan, kekacang, gula-gula dan fudge, pastinya cara terbaru untuk menikmati aiskrim!
Promosi –
- Nikmati Creation of the Day – ciptaan aiskrim yang dicadangkan mengikut hari di dalam bulan tersebut, dari RM12.90 ke atas.
- Skup junior boleh didapati pada harga RM4.90. Tambah RM3 untuk skup aiskrim tambahan atau kopi terpilih.
Lokasi Lot CC04, Concourse Level , Nu Sentral, Kuala Lumpur, Malaysia
5. [YOGURT] TCBY – TCBY, atau The Country’s Best Yogurt adalah fenomena global fro-yo (yogurt beku) yang menawarkan yogurt beku gaya Greek, boleh didapati buat pertama kalinya di Lembah Klang hanya di NU Sentral! Fro-yo Greek TCBY adalah pilihan terbaik untuk manisan yang lazat dan berkhasiat, atau untuk dinikmati bersama kekacang dan buah sebagai alternatif kepada hidangan utama pada waktu makan. TCBY mencipta klasifikasi baru yogurt beku pada 2011 – Super Fro-Yo – yang merangkumi kombinasi istimewa pelbagai nutrien yang bertindak untuk meningkatkan kesihatan anda secara keseluruhannya.
Lokasi Centre Court, Lower Ground Level, Nu Sentral, Kuala Lumpur, Malaysia
FB https://www.facebook.com/TCBYMalaysia