Bertahun lamanya, Loceryl® dari Perancis merupakan rawatan preskriptif yang terkenal dan dipercayai untuk mengatasi (Onychomycosis) jangkitan kulat kuku. Kini, jangkitan kulat kuku telah merebak luas, disebabkan oleh pertukaran gaya hidup. Penambahan jangkitan kulat kuku dan juga cubaan berterusan mengatasi stigma sosial dan salah faham telah menggalakkan Galderma, pengedar Loceryl® untuk mengklasifikasi semula rawatan lakuer kuku ini menjadi suatu produk yang boleh dibeli dikaunter.
Apa itu Jangkitan Kulat Kuku?
Jangkitan Kulat Kuku (Onychomycosis) ialah jangkitan kulat kuku jari atau kuku kaki yang tidak akan sembuh tanpa rawatan. Kuku yang dijangkiti akan kelihatan kuning sehingga menjadi perang, tebal, rapuh dan/atau terpisah dari kulit. Kulat akan menjangkiti kuku disebabkan oleh luka pada kuku, kasut yang ketat, atau disebabkan penyakit yang sedia ada. Oleh itu, pengidap jangkitan kulat kuku tidak patut merasa susah hati kerana, masalah ini bukan disebabkan oleh tahap kebersihan seperti yang dipercayai ramai. Walau bagaimanapun, penyakit ini tidak harus dianggap ringan, kerana ia mudah berjangkit dari kuku ke kuku dan boleh menyebabkan kerosakan kekal pada kuku tersebut.
Selain dari bahaya fizikal, pesakit kulat kuku juga menderita secara psikologi dan emosi. Mereka sering mengelakkan diri dari situasi sosial, kurang keyakinan diri dan menghadapi masalah menjalinkan perhubungan yang rapat. Disebabkan oleh stigma masyarakat dan salah anggap, pesakit juga sering memberikan kesan pertemuan pertama yang tidak elok dan dianggap berjangkit serta kurang bersih, terutama di tempat-tempat awam.
Apa itu Loceryl®?
Lakuer kuku Loceryl® ialah salah satu rawatan topikal untuk jangkitan kuku. Ia membebaskan bahan aktif Amorolfine 5% untuk membunuh jangkitan yang disebabkan oleh 3 jenis kulat iaitu dermatophytes (paling biasa), yis dan kulampair. Kesan anti kulatnya akan kekal pada kuku sekurang-kurangnya 7 hari. Lakuer kuku Loceryl® mudah dan senang digunakan dengan sapuan sekali dalam seminggu. Jangkitan kulat kuku jari biasanya akan mengambil masa 6 bulan untuk dirawat sementara jangkitan kulat pada kuku kaki mengambil masa 9 -12 bulan untuk pulih kerana pesakit perlu menanti tumbuhnya kuku baru. Loceryl® kini terdapat di semua farmasi-farmasi utama pada harga RM99.80 setiap satu.
Maka, diharapkan agar dengan pelancaran ini, Loceryl® lebih mudah didapati di farmasi-farmasi utama seluruh negara. Kami harap lebih ramai orang akan dapat melakukan rawatan segera, untuk mengelakkan komplikasi lanjut dan yang lebih penting, dapat menghentikan penularan jangkitan melalui perkongsian pengilat kuku dan produk kebersihan peribadi yang lain.
[ TIPS ] Lembaran Fakta Bagaimana Menjaga Kuku Dengan Sebaiknya
Sapuan sekali seminggu
Sekotak Loceryl® mengandungi lakuer kuku, pengasah kuku, pad pembersih dan spatula guna semula.
1. Gunakan pengasah kuku untuk mengasah kawasan kuku yang terbabit.
2. Selepas diasah, bersihkan permukaan kuku dengan pad pembersih.
3. Sapukan Loceryl® ke atas seluruh permukaan kuku yang dijangkiti dengan spatula yang disediakan.
Nota: Spatula memberikan dos Loceryl® yang telah disukat. Satu celupan untuk satu kuku yang dijangkiti.
4. Kemudian,, bersihkan spatula dengan pad pembersih.
Untuk pulih sepenuhnya dari jangkitan, rawatan dengan Loceryl® mestilah diteruskan tanpa gangguan sehingga kuku itu tumbuh semula dan kawasan kuku terbabit kelihatan pulih. Pemberhentian rawatan sebelum pemulihan sepenuhnya akan meyebabkan jangkitan semula disebabkan oleh saki-baki kulat di bawah kulit kuku.
Sapu LOCERYL® seminggu sekali ke atas kuku jari atau kuku kaki yang dijangkiti atau seperti yang diarahkan oleh doktor dan ahli farmasi anda. Jangka masa untuk pemulihan sepenuhnya bergantung kepada kadar ketumbuhan kuku jari – 6 bulan untuk kuku tangan dan 12 bulan untuk kuku kaki.
Aplikasi pertama LOCERYL®: Sebelum menyapu lakuer kuku LOCERYL®, asah kawasan jangkitan kuku terbabit (terutama permukaan kuku) dengan teliti menggunakan pengasah kuku.
PERHATIAN : Pengasah kuku yang digunakan untuk kuku yang dijangkiti tidak boleh digunakan ke atas kuku yang sihat.
Bersihkan permukaan kuku yang dijangkiti dengan pad pembersih. Letakkan pad pembersih ke tepi, jangan dibuang.
- Celupkan salah satu spatula guna semula ke dalam lakuer. Jangan lap pada leher botol tersebut. Perhatian : spatula memberikan dos LOCERYL® yang telah disukat.
- Dengan menggunakan spatula, sapukan lakuer kuku LOCERYL® ke atas seluruh permukaan kuku yang dijangkiti.
- Apabila sudah selesai merawat semua kuku yang dijangkiti, bersihkan spatula dan leher botol dengan pad pembersih yang telah digunakan semasa rawatan.
- Untuk mengelakkan penyejatan, tutup botol dengan ketat.
- Berikan masa untuk kuku itu mongering. (3 hingga 5 minit).
- Buangkan pad pembersih dan pengasah kuku yang telah digunakan. Simpan spatula dan lakuer kuku untuk rawatan seterusnya.