Gara-gara demam Piala Dunia FIFA 2014 , semua mata kini banyak tertumpu kepada Brazil, negara tuan rumah bagi acara tersebut . Tahukah anda, negara kelima terbesar di dunia ini juga banyak melahirkan supermodel-supermodel terkenal dunia yang jelita dan punya nama besar.
Antaranya Alessandra Ambrosio, Gisele Bunchen, Adriana Lima , Izabel Goulart, Isabeli Fontana , Barbara Fialho, Lais Ribero dan ramai lagi model ternama lain. Kebanyakan daripada model jenama Victoria Secret juga terdiri daripada wanita-wanita jelita daripada negara yang punya bilangan penutur bahasa Portugis paling ramai ini. Adriana Lima dan Alessandra Ambrosio misalnya antara ‘angel” Victoria Secret yang paling lama menyertai pentas peragaan jenama antarabangsa tersebut.
Melalui akaun Instagram mereka,beberapa model kelahiran Brazil ini telah menunjukkan sokongan padu mereka ketika pasukan dari negara mereka beraksi menentang Cameroon. Malah supermodel Izabel Goulart yang tidak dapat berada di stadium masih lagi menunjukkan sokongan dengan memuatnaik gambar seksinya memakai jersey Brazil bersama kapsyen ‘Let’s go Brazil!! I’m not there but I will be cheering along my country for the match tonight!!!’
Bolehlah kami simpulkan bahawasanya model-model ini bukan sahaja punya wajah dan bentuk tubuh yang menawan, malah punya semagat cintakan negara , kesukanan dan cintakan bola sepak juga. Walaupun sudah berhijrah ke Amerika Syarikat untuk menempa nama, nampaknya mereka tidak lupa asal usul mereka.
Untung pasukan Brazil punya supermodel terkenal dunia sebagai penyokong mereka. Sokongan semua supermodel jelita ini memang tak sia-sia kerana pasukan kegemaran mereka ini telah menang perlawanan dengan 4-1 . Layaklah menang, penyokong pun bukan calang-calang.