Pemilihan lokasi memainkan peranan dalam menjadikan bulan madu yang terindah buat mereka yang baru mendirikan rumah tangga. Pulau adalah satu pilihan lokasi berbulan madu paling digemari kerana suasananya tenang, mendamaikan dan privasi.
1. Kepulauan Tahiti
Terletak di Perancis, kepulauan Tahiti berdekatan dengan Pulau Bora-Bora, Moorea, Tuamotu yang masing-masing mempunyai tarikan yang tersendiri dengan airnya yang bersih biru lagi cantik dan mendamaikan. Daya tarikannya ialah dengan banglo mewah di atas air di bahagian lagun yang menghadap gunung Otemanu.
2. Seychelles
Pulau Seychelles terletak di Archipelago lautan Hindi. Ia juga merupakan negara yang penuh dengan kecantikan alam semula jadi yang indah dengan pantai dan tropika, kehidupan haiwan liar yang mengujakan dan resort yang mewah untuk pelancong dari serata dunia yang datang melawat ke pulau Seychelles ini.
3. Fiji
Sebuah pulau yang privasi yang membawa mood romantik di Pasifik Selatan. Pulaunya cantik, indah, eksotik dengan tumbuhan yang menghijau dan Vila mewah membuatkan pasangan pengantin baru merasakan sangat puas, minda pun tenang.
4. Maldives
Syurga yang terletak di Lautan Hindi, Maldives berkedudukan di tengah-tengah laut India yang cantik dengan pasirnya yang bersih, halus dan putih dengan lagun yang perfect. Destinasi ini merangkumi beratus pulau di sekelilingnya. Banglo atas air yang dibina memudahkan pengunjung menikmati laut biru dengan lebih dekat dan menimbulkan lagi suasana romantik.
5. St Lucia
Pitons, dua gunung berapi yang terletak di Carribean St.Lucia menjadi tulang belakang kepada banyak percutian romantis, resepsi perkahwinan yang ideal dan lokasi berbulan madu yang sempurna membuatkan pengalaman bulan madu lebih istimewa.
Sumber – Jurnal Kahwin, Majalah Eh