OLDTOWN White Coffee baru-baru telah ini memperkenalkan lukisan mural yang dihasilkan oleh pelukis terkemuka Ernest Zacherevic bersempena dengan projek ‘Art of OLDTOWN’. Kesemua tujuh lukisan mural yang dihasilkan untuk merayakan warisan dan sejarah yang dikongsi bersama oleh Pekan Lama Ipoh dan OLDTOWN White Coffee, pengeluar kopi putih terkemuka yang asli di Malaysia telah mencuri tumpuan warga setempat dan para netizen.
Pelancaran untuk meraikan projek ‘Art of OLDTOWN’ diadakan di kafe OLDTOWN White Coffee cawangan Ipoh Padang. Sebuah lakaran peta yang ditempah khas telah diperkenalkan pada waktu yang sama dimana para pelanggan boleh merujuk kesemua tujuh lokasi bagi lukisan mural projek ‘Art of OLDTOWN’ di sekitar Pekan Lama Ipoh. Peta tersebut akan ditempatkan di kafe OLDTOWN White Coffee cawangan Ipoh Padang sekali gus menjadi titik mula bagi para peminat untuk menjejaki kesemua lokasi lukisan mural projek ‘Art of OLDTOWN’.
OLDTOWN White Coffee telah berkembang untuk menjadi pengeluar kopi putih utama dan asli di Malaysia sejak syarikat itu memperkenalkan keluaran 3-dalam-1 pada 1999. Kejayaan ini diperkuat lagi oleh warisan kopi dan hubung kaitnya dengan Pekan Lama Ipoh. Lantaran itu nama “Old Town” menjadi sangat ikonik dan kekal di ingatan sebagai warisan yang dikaitkan dengan perisa aroma tulen yang dikenali seluruh rakyat Malaysia serta oleh 13 negara seluruh dunia hari ini.
Orang ramai digalakkan untuk menyaksikan sendiri hasil lukisan mural hasil nukilan Zacharevic di sekitar Pekan Lama Ipoh. Setiap lukisan ditempatkan di tujuh lokasi berbeza di Jalan Panglima Carpark, Market Street, Jalan Bijeh Timah, Concubine Lane 3, di samping dua di sepanjang Jalan Tun Sambanthan dan Jalan Padang. Para pelanggan di kafe OLDTOWN White Coffee cawangan Ipoh Padang boleh merujuk peta rasmi lokasi projek ‘Art of OLDTOWN’ yang mempamerkan kesemua tujuh lokasi lukisan mural tersebut. Peta lokasi ditempatkan di dalam kafe itu sendiri.
Para peminat OLDTOWN White Coffee dan Zacharevic boleh melihat dan mengikuti hasil siap kesemua lukisan mural tersebut di laman rasmi Facebook facebook.com/OldTownWhiteCoffeeMalaysia atau Twitter @OldTown_WCoffee.