Ramai orang berkongsi mengenai status seorang ibu muda yang bercerita bagaimana peritnya dia menjaga seorang anak OKU dan tidak mendapat perhatian sewajarnya dari pihak berwajib. Status itu yang telah dimuatnaik oleh Puan Khairun Darwani Khairuddin yang meluah perasaan mengenai bantuan kerajaan khas untuk anak OKU yang indah khabar dari rupa.
Puan Khairun merupakan pengasas komuniti Super Angels yang ditubuhkan dengan tujuan utama membentuksatu platform bagi keluarga anak CP berkumpul, berkongsi rasa, pengalaman dan cadangan untuk memastikan si kecil istimewa mendapat pembelaan sewajarnya. Baru-baru ini selebriti Wardina Safiyyah dikecam masyarakat dan juga kementerian kerana membandingkan perkhidmatan kerajaan terhadap penjagaan warga OKU dengan negara luar yang baginya perlukan penambahbaikan.
Berikut adalah status beliau :
Me and my Angel ( anak ) sesak dengan news feed berkenaan bantuan yg kjaan sediakan untuk anak-anak OKU. Betapa masyarakat dibutakan dengan kononnya semua anak OKU layak menerima bantuan bulanan rm300.
Ini hakikat yang sebenar wahai semua…bantuan itu akan disaring, aku yang hanya kerani dan suami seorang atendan hospital pun dikira tak layak menerima walau sesen pun dari bantuan.
Bagi yang layak pula perlu hadir ke kelas PDK sekurang-kurangnya 8 kali sebulan…sesuatu yang agak tidak logik diakal bagi anak OKU yang terlantar untuk tidak ponteng ke kelas. Majoriti mereka mempunyai masalah kesihatan yang severe sama seperti Angel. Ada ibubapa yang tak mendapat kebenaran untuk keluar waktu bekerja 2x seminggu…
Mungkin kerana majikan yang tidak memahami, rakan sekerja yang busuk hati. Bantuan bagi yang layak ditolak dihitung…akhirnya hanya layak rm50. Ada pula yang bercakap mengenai kelas pendidikan khas. Ia hanya untuk yang boleh menguruskan diri…anak OKU terlantar mana boleh nak urus diri..makan pun bersuap, kencing berak dibasuh….
Jadi kesudahannya majoriti semuanya tidak bersekolah. Andai kerajaan dah umumkan bantuan, sepatutnya bagi je lah sebaik saja anak-anak ini disahkan sebagai ORANG KURANG UPAYA! bantuan untuk mereka…bukan untuk ibu bapa pun. Hak mereka hanya gah di kertas…gah di FB, di laman sosial. Hakikatnya kami yg bergelut seharian…
Syukur Allah masuh memberikan kami hidayah untuk menjaga anak-anak syurga ini seadaanya…
Kisah mengenai penemuan remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah, 15, dalam keadaan kurus kering di sebuah rumah pangsa di Taman Semarak, Nilai Sabtu lalu membuatkan banyak hati tersentuh dan membuka mata ramai orang. Malah ada menyalahkan pihak tertentu kerana didakwa tidak peka dan prihatin dengan nasib golongan OKU sehingga dibiar hidup dalam derita. Bagi kami sebagai pihak media, kami ingin menyampaikan maklumat supaya golongan yang memerlukan ini, mendapat liputan dan sekaligus bantuan yang sewajarnya.