Seperti yang dinanti-nanti peminat filem robot, Transformer pasti teruja dengan kemunculan Transformer: Age of Extinction yang sudah pun berada di pawagam seluruh Malaysia semalam, 26 Jun 2014.
Kini, selepas empat tahun pertarungan hebat “Transformers: Dark Of The Moon”, filem robot ini kembali selepas manusia berjaya mengesan kepingan logam Autobots dan Decepticons yang menghilangkan diri daripada muka bumi ini. Walaubagaimanapun, sekumpulan ahli perniagaan dan saintis yang bijak cuba untuk belajar daripada Transformer yang lepas dan telah menolakkan mereka untuk melakukan satu kajian teknologi luar dari batasan dan kawalan yang mana akhirnya satu kisah purba, ancaman kepada Transformer berkuasa meletakkan bumi di dalam bahaya. Kisah epik dan pertarungan antara kejahatan dan kebaikan serta kebebasan.
Kelainan yang ditampilkan ialah lokasi pengambaraan dijalankan di Hong Kong dan Beijing, secara tidak langsung memberikan gambaran persekitaran di lokasi berkenaan. Negatif tentang filem ini ialah terlalu lama sehingga 3 jam yang hanya sarat dengan aksi robotic.
Mungkin jika anda merupakan pengikut filem Transformer, ini adalah antara Transformer terbaik kerana penuh dengan aksi robotic tetapi jika anda baru pertama kali menontonnya, mungkin penat kerana terpaksa bertahan hampir 3 jam.
Klasifikasi: P13
Genre: Aksi / Pengembaraan / Fiksyen Sains
Tarikh Tayangan: 26 Jun 2014
Bahasa: English
Pengedar: UNITED INTERNATIONAL PICTURES
Pengarah: Michael Bay
Pelakon: Mark Wahlberg, Jack Reynor, Nicola Peltz, Kelsey Grammer, Sophia Myles, Stanley Tucci
TRAILER