Bagi penggemar makanan ringan, mesti anda ternanti-nanti kemunculan PERFECTO kan? Perfecto diilhamkan daripada MAMEE Chef yang telah memecahkan tradisi sebagai produk inovasi dan penggunaan ramuan segar sebagai bahan utama. Ia juga merupakan jenama kerepek kentang yang pertama di Malaysia dengan taburan ramuan segar di atas setiap kepingan kentang dan didatangkan di dalam tiga perisa iaitu ‘Natural Sea Salt’, ‘Sour Cream & Chives’ dan ‘Chilli & Spice Infusion’.
Semasa pelancaran baru-baru ini, Perfecto diperkenalkan melalui 3 persembahan tarian dimana setiap tarian mewakili perisa PERFECTO. Ia dimulakan dengan tarian Salsa yang memperkenalkan perisa ‘Chilli & Spice Infusion’, manakala perisa ‘Natural Sea Salt’ dipersembahkan melalui tarian Capoeira yang mempersonakan dan akhir sekali tarian Jive yang lincah untuk menggambarkan perisa ‘Sour Cream & Chives’.
Bagi tetamu yang hadir pula, mereka diberi peluang untuk ke “Perfecto Snack Bar” untuk menghasilkan sendiri kerepek kentang dengan pelbagai pilihan ramuan tambahan dengan sos yang disediakan. Ia boleh didapati di seluruh negara pada harga RM3.99 bagi setiap kanister. Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook Perfecto : www.facebook.com/PerfectoSnacks