Tahukah anda wajah anda boleh berubah kepada 25 jenis rupa yang berlainan tanpa perlu menjalani sebarang pembedahan plastik. Kami bukan cakap kosong memandangkan seorang wartawan bernama Esther Honig telah membuktikan perkara tersebut memang boleh dilaksanakan.
Esther telah meminta 40 editor foto untuk mengedit gambar dirinya supaya menjadi lebih cantik. Projek tersebut melibatkan editor dari 25 buah negara (Gambar penuh di sini) . dengan menggunakan laman perkongsian Fiverr sebagai medium. Hasilnya, rupa yang berlainan walaupun hakikatnya gambar tersebut sebenarnya adalah orang yang sama.
Seperti yang kami pernah kupaskan sebelum ini, inilah besarnya kuasa teknologi photoshop yang digunakan untuk membuatkan semua model yang menghiasai iklan dan media massa nampak 100% sempurna walhal mereka juga manusia biasa yang punya cela tersendiri.
Seperkara lagi , apa yang kami kongsikan di sini bukanlah untuk menggalakkan anda untuk mengubah wajah anda atau menambahkan perasaan insecure dalam diri anda terhadap penampilan fizikal diri anda. Sebaliknya, sedarkah anda, melalui pendedahan yang dilakukan oleh wartawan bebas ini, standard kecantikan bagi setiap individu dan negara itu sebenarnya berlainan. Inilah yang dikatakan beauty is in the eye of the beholder. Cantik itu subjektif bukan?
Gambar Asli Esther Honig
Dan hasilnya … 25 wajah yang berlainan menggunakan foto yang sama terhasil.
1. Morocco
2. India
3. Ukraine
4. Venezuela
5. Vietnam
6.Argentina
7. Australia
8. Serbia
9. Bangladesh
10 . Israel
11. Jerman
12. Greece
13. Indonesia
14. United Kingdom
15. Amerika Syarikat
16. Vietnam
17. Bulgaria
18. Filipina
19. Chile
Kredit gambar : estherhonig.com