Diam tak diam hero pujaan ramai iaitu Aaron Aziz khabarnya sudah sebulan membuka sebuah kafe di Setia Alam. Kafe yang diberi nama Kidz And Creme itu beroperasi dari jam 12 tengah hari hingga 9 malam itu bertempat di Sunsuria Setia Alam itu menggunakan konsep kafe dan juga kelas membuat kek untuk kanak-kanak. Kafe istimewa itu mempunyai pelbagai menu makanan berat, kek istimewa, kopi dan ianya mempunyai ruang buat kanak-kanak yang ingin belajar membuat kek bersama pembuat kek terlatih.
Baru-baru ini Aaron Aziz dan juga isterinya sempat membuat kenduri kesyukuran bersama para peminat Aaronatorsnya di kafe itu dan telah memuatnaik gambar di laman sosial Instagram. Nampaknya makin murah rezeki Aaron dan keluarga. Apapun, bagi ibubapa yang ingin membuat aktiviti bersama anak-anak anda, bolehlah ke Kidz And Creme ini yang beralamat di No 5, Jalan Setia Dagang, U13/AK Sunsuria, 7yh Avenur, Setia Alam. Anda boleh lawati www.kidzandcreme.com untuk maklumat lanjut.