Lagi maut! Penyokong bola sepak Brazil berusia 69 tahun maut akibat serangan jantung semasa menonton aksi penentuan sepakan penalti antara Brazil dan Chile.
Difahamkan lelaki berkenaan mengadu kurang sihat selepas Brazil menang penentuan sepakan penalti apabila perlawanan terikat 1-1 selepas masa tambahan.
Peminat fanatik berkenaan yang menghidap diabetis, meninggal dunia tidak lama selepas dibawa ke hospital. Media tempatan melaporkan, pegawai kesihatan terpaksa merawat sekurang-kurangnya 100 orang semasa perlawanan, termasuk wanita berusia 50 tahun akibat masalah jantung.
Sumber : Berita Harian, Mynewshub