Memandangkan acara perlawanan bola sepak Piala Dunia FIFA tahun ini masih berlangsung ketika bulan Ramadhan, mungkin ramai yang tertanya-tanya samaada pemain bola sepak beragama islam akan menunaikan ibadah puasa atau tidak.
Antara pasukan yang memiliki pemain beragama Islam termasuklah Perancis, Switzerland, Belgium, Algeria dan Nigeria. Mesut Ozil, pemain daripada pasukan Jerman antara pemain yang telah mendapat perhatian kerana telah memutuskan untuk tidak turut serta menunaikan kewajipan tersebut kerana komitmennya.
“Saya tidak dapat mengambil bahagian kerana saya bekerja.”
Selain itu Ozil juga menyifatkan dirinya tergolong dalam kumpulan yang perlu “bekerja keras”, dan mustahil untuk beliau berpuasa pada tahun ini.
Pemain dari pasukan Perancis Bacary Sagna yang membuat keputusan sama seperti Ozil pula berkata
“Sebagai seorang Muslim saya tahu beberapa undang-undang yang membolehkan anda untuk tidak berpuasa. Saya tidak akan berpuasa tetapi saya menghormati mereka yang akan menunaikan ibadat ini,”
Sebuah badan Islam utama di Mesir , Dar al-Ifta pada tahun 2008 pernah membenarkan pemain bola sepak profesional untuk makan pada bulan Ramadhan jika mereka terikat dengan kontrak untuk bermain dalam tempoh bulan tersebut. Pemain juga dibenarkan berbuat demikian jika merasakan puasa akan memberi kesan kepada prestasi permainan mereka.
Namun terdapat juga pasukan yang memilih untuk masih menjalani ibadah ini misalnya para pemain dari pasukan Algeria yang akan bertemu Jerman esok. Pasukan ini bagaimanapun mendapat khidmat rundingan pakar perubatan sukan yang juga merupakan salah seorang pakar untuk pemain bola sepak yang berpuasa yang terkemukan dalam FIFA , Hakim Chalabi.
Sumber : The Star Online, Mstar Online & Astro Awani