Ramadhan Al-Mubharak! Tahukah anda tentang makanan berkhasiat untuk sahur yang patut diambil sebelum terbitnya fajar? Pemilihan makanan yang berkhasiat ketika bersahur amatlah penting kerana ianya mampu memberi tenaga kepada anda untuk melakukan aktiviti seharian ketika berpuasa. Mungkin anda boleh mengambil roti ketika bersahur, buah kurma, minum susu, sayuran seperti salad ataupun bijirin untuk mengekalkan tenaga.
Kali ini Wanista kongsikan resepi Berry Smoothie yang sememangnya khasiat dan naturally gluten-free.
Bahan-bahan
- 1 biji pisang
- 1 Cup Blueberries
- 1 Cup Raspberries
- 1 Cup Orange Juice
- ½ Cup Greek Yogurt/Frozen Yogurt
Kesemua bahan dikisar sehingga sebati. Sedia dihidang. Enjoy!
Kredit gambar oleh Pinterest