Ramadhan kini menjelma dan Hari Raya Aidilfitri akan tiba dalam tempoh sebulan. Bagi mereka yang meraikan Hari Raya Aidilfitri, Ramadhan merupakan bulan ideal untuk membuat persiapan bagi menyambut perayaan tersebut.
Sementara ada sebilangan individu yang gemar membeli-belah pada hujung minggu dan mencari tawaran terbaik dari kedai ke kedai, ada segelintir pihak yang beranggapan kedai-kedai yang penuh dan kesesakan lalu-lintas sebagai perkara yang menyukarkan persediaan. Bagi mereka yang tidak mempunyai masa dan mahu membeli-belah dalam keselesaan kediaman mereka, laman beli-belah dalam talian merupakan pilihan ideal memandangkan terdapat pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa yang ditawarkan.
Ia bukan sahaja kesenangan membeli dengan hanya dua klik, tetapi keupayaan membeli dengan penuh ketenangan. PayPal membolehkan pengguna membuat pembayaran dalam talian yang lebih selamat dengan tidak berkongsi butiran kewangan pengguna bersama jutaan saudagar di seluruh dunia yang menerima pembayaran melalui PayPal. Anda boleh membeli-belah di seluruh dunia – pada bila-bila masa dan mana-mana lokasi dengan hanya mendaftar masuk ke akaun PayPal. Dengan cara ini, PayPal membantu pengguna mengehadkan ‘jejak digital’ mereka dan jejak maklumat peribadi serta kewangan yang ditinggalkan, sekaligus mengurangkan pendedahan kepada jenayah siber.
Tambahan lagi, PayPal menawarkan polisi Perlindungan Pembeli yang membantu melindungi pembeli dalam talian sekiranya mereka tidak menerima produk yang dibeli daripada laman web yang menerima pembayaran melalui PayPal, ataupun sekiranya pembeli menerima produk yang berbeza secara ketara berbanding gambaran yang tertera di laman web terlibat.
Jelitasara, sebuah kedai dalam talian tempatan yang menawarkan pakaian dan hijab bergaya yang memenuhi segenap cita rasa setiap Muslimah. Ikuti laman Facebook mereka untuk menerima maklumat berkenaan promosi terkini mereka. (www.jelitasara.com)
Minusey, sebuah kedai pakaian kasual Korea yang menyediakan baju-baju stail mesti milik terkini yang sesuai digayakan ketika kunjungan anda ke rumah saudara-mara dan rakan-rakan sepanjang musim perayaan ini. Masukkan kod promosi PPSECURE2014 bagi menikmati potongan harga 10% daripada sekarang sehingga 30 September 2014. (www.minusey.com)
Koreadepart merupakan sebuah gedung beli-belah dalam talian yang menawarkan pelbagai kosmetik, pakaian, dan aksesori dari Korea. Anda boleh bergaya seperti bintang Korea kegemaran anda Hari Raya ini. Pelanggan boleh menikmati penghantaran percuma dari sekarang sehingga 30 September 2014 dengan pembelian minima berjumlah AS$150. (http://en.koreadepart.com/)
StrawberryNET merupakan peruncit diskaun produk penjagaan kulit dan rambut, alat solek serta wangian terkemuka dunia. Ia menawarkan lebih 3,000 produk tulen dengan penjimatan sehingga 60 peratus berbanding harga runcit, di samping menyediakan perkhidmatan penghantaran ke seluruh dunia secara percuma. Pelanggan baru bakal menerima hadiah menarik sehingga 30 Jun 2014. Masukkan kod promosi SNETPAYPAL14. (http://my.strawberrynet.com/main.aspx#langOptions)
Eachbuyer dari Hong Kong menyediakan lebih 100,000 produk yang merangkumi gajet elektronik sehingga item-item kesihatan dan kecantikan. Kedai dalam talian bersifat sehenti ini pastinya memberikan pengalaman beli-belah yang menyeronokkan kepada mereka yang gemar membeli. Masukkan kod promosi EBPAYPAL untuk membolehkan anda menikmati diskaun 70% untuk hadiah termasuk penghantaran barangan secara percuma. (www.eachbuyer.com)
HopShopGo dapatkan barangan daripada jenama-jenama kegemaran di Amerika Syarikat yang dihantar terus ke rumah anda dengan lebih cepat dan murah. Dari sekarang sehingga Ogos 2014, nikmati potongan 20% untuk kadar penghantaran dan naik taraf penghantaran ekspres secara percuma. (www.hopshopgo.com)