Kisah pembunuhan terancang yang dilakukan oleh seorang isteri yang curang dengan suaminya ini tak ubah seperti kisah dalam filem Tapi menurut laporan The Star Online ini satu kisah benar yang berlaku di India.
Seorang ibu anak dua , yang mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain, nekad meletakkan racun pada sebungkus nasi goreng yang beliau disediakan untuk suaminya,
Amsa, 35, dan kekasihnya Tirupathy telah berjaya membunuh Ramesh, 45, lapor Tamil Nesan.
Walau bagaimanapun, anak saudara Ramesh, Sampath telah mengesyaki sesuatu yang tidak kena dan telah membuat laporan polis di Tirupattur, kira-kira 100km dari Chennai. Sampath berkata bapa saudaranya adalah seorang lelaki yang sihat, namun dia meninggal dunia secara tiba-tiba pada 16 Jun.
Berikutan aduan itu, polis melancarkan siasatan dan menggali semula mayat Ramesh.
Semasa soal siasat, Amsa mengaku. Beliau berkata Ramesh jatuh pengsan selepas makan nasi tersebut.
Tirupathy dan Amsa kemudian membawa dia pulang ke kampung mereka, tempat di mana Amsa memberitahu penduduk kampung bahawa suaminya mengalami sakit perut. Beliau meninggal dunia di rumah mereka kemudian.