FashionValet, destinasi runcit dalam talian yang terkemuka di Malaysia, melancarkan kerjasama dengan salah satu pelakon hebat di negara ini, Nora Danish. Koleksi ini meraikan keanggunan abadi dengan kepingan utama monokromatik sempurna untuk melengkapkan Hari Raya anda.
Koleksi Nora Danish for FashionValet mengetengahkan konsep klasik gabungan hitam dan putih – melambangkan kekuatan dan kelembutan. Koleksi ini juga mengekalkan feminin dan elegan seseorang yang menggayakannya.
Yang menarik lagi kebanyakan koleksi ini mewujudkan elemen campuran, beberapa koleksi boleh dipakai sebagai top ataupun skirt sahaja. Koleksi ini bukan sahaja menawarkan pelanggan peluang untuk meneroka sisi bergaya tetapi juga nilai untuk wang yang dibelanjakan kerana mereka boleh memakai pakaian banyak kali dalam pelbagai cara. Dalam memastikan fleksibiliti pemakai, lace, beadings dan paneling telah ditambah dengan berhati-hati dalam menjaga rupa yang canggih dengan cara yang minimalis.
Nora Danish for FashionValet boleh didapati dari 1 Julai 2014, berharga antara RM180 – RM250. Akan ada 8 reka bentuk dan saiz dari XS ke XL. Pengguna boleh membeli koleksi ini di www.fashionvalet.com.