Persoalan ‘Makan di mana?’ sememangnya akan memeningkan kepala anda apa lagi semasa merancang untuk makan secara berkumpulan. Tambahan lagi ketika Ramdhan tiba. Jika anda tercari-cari lokasi berbuka puasa untuk Ramadhan ini, apakata cuba Bufet Warisan Kampung yang menawarkan 300 jenis menu yang berbeza setiap hari disediakan oleh Chef Saad Othman dan pasukannya.
Menu terdiri daripada masakan kampung seperti Pucuk Ubi Masak Lemak Pedas Dengan Tempoyak, Daging Berlada Deng-Deng dan ulam-ulama daripada hidangan masakan melayu tradisional.
Hidangan lain yang turut disajikan dan menjadi kegemaran adalah Kambing Panggang, ‘Sup Gear Box Power’, Sup Ekor Bakar , Kari Kepala Ikan, Ikan Bakar dan Satay Celup. Pengunjung juga boleh menikmati Ulam-ulaman kampung sebagai hidangan sampingan.
Aneka pilihan berterusan sehingga ke pilihan pencuci mulut. Terdapat pelbagai pencuci mulut untuk dijadikan pilihan seperti bubur, tapai goreng, Air Batu Campur (ABC), cendol, kuih-muih dan buah-buahan termasuklah durian. Bagi minuman pula,pelbagai jenis minuman disediakan di ” Latar Kijang Beverage Station” antaranya Kacang Soya , Air Kelapa, Sirap Bandung, Nescafe Tarik dan Teh Tarik.
Penulis telahpun mencuba hidangan bufet ini ketika majlis Prebiu Ramadhan dan secara peribadi, penulis berpendapat ini adalah lokasi berbuka puasa yang tidak akan mengecewakan anda kerana hidangannya ( penulis telah cuba hampir kesemua) ternyata memang lazat dan memikat selera. Selain lokasi hotel yang strategik (bertentangan LRT PWTC) dan selesa, harga yang dikenakan juga memang ternyata berbaloi dengan khidmat yang diberikan. Pilihan peribadi penulis menu asam pedas dan mi rebusnya yang memang masuk dalam kategori “wajib cuba” .
Selain hidangan makanan yang cukup menyelerakan, persembahan secara langsung oleh kumpulan “Los Labamba” akan menghiburkan pengunjung sepanjang menikmati juadah berbuka puasa. Surau juga disediakan untuk memudahkan pengunjung beribadah tanpa perlu meninggalkan kawasan hotel.
Bufet ramadhan bermula dari 30 Jun hingga 26 Julai 2014 , dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam dengan harga RM 105 bersih seorang di Pacific Ballroom manakala RM58 bersih seorang sekiranya anda memilih untuk berbuka puasa di Restoran Zende.