Sempena filem Blockbuster TRANSFORMERS: AGE OF EXTINCTION, Burger King Malaysia telah melancarkan burger baru, Burger King Transformers Blockbuster Deals ilham daripada filem robot tersebut.
Burger King Transformers Blockbuster Deals didatangkan dengan patty burger sama ada ayam atau daging lembu atau kedua-duanya sekali dalam satu burger, setiap lapisan dilengkapkan dengan sos keju yang penuh lemak berkrim, kepingan kentang yang rangup, salad segar dan mayonis menjadikan burger ini sungguh enak dan lazat.
Burger King juga memperkenalkan minuman bergas berperisa epal yang menyegarkan dipanggil Apple Bolt dalam warna menarik biru laut. Burger King Transformers Blockbuster Deals akan berada untuk masa yang terhad, harga bermula dari RM10.95 dan datang dengan pilihan ayam atau daging lembu burger, kentang goreng dan Apple Bolt. Boleh juga didapati ala carte dengan hanya RM4.95 sahaja.