Isu, subjek dan topik yang dipos di media sosial selalunya bermusim. Mungkin disebabkan oleh keadaan semasa ataupun mahu menyahut trend . Begitu juga pada bulan Ramadhan ini, ada beberapa trend gambar yang dipos di laman Instagram yang mungkin hanya berlaku atau hangat pada ketika bulan ini sahaja.
Berikut kami senaraikan 10 pos yang kerap dilihat pada di feeds Instagram anda sepanjang bulan Ramadhan ini.
1. Countdown menunggu ketibaan Ramadhan .
2. Ucapan menyambut Ramadhan dan mohon maaf
3. Juadah berbuka puasa dengan hashtag iftar, atau dalam erti kata lain lambakan gambar makanan.
4. Selfie dengan memakai telekung
5. Gambar selepas atau sebelum solat terawih
6.Fakta dan nota kebaikan bulan Ramadhan
7. Gambar mengaji a-Quran
8. Gambar surah atau ayat-ayat al-Quran
9. #sayajual Kuih raya
10. #sayajual Baju raya